Saturday, May 24, 2014

~Miri Brunei Part 2: Tawakkal..Pasti..Pasti Ada Jalannya..

Salam..seperti yang dijanjikan ini dia cerita sambungan dari trip saya ke Miri Brunei..Jika anda belum baca part 1, boleh baca kat sini dulu eh..hehe..

Miri Brunei Part 2: Tawakkal..Pasti..Pasti Ada Jalannya..

Selepas bebarapa hari di Miri, kami bertolak ke Brunei pada hari ke 5 disana..dan kami tidak menyewa kereta mahupun menggunakan khidmat orang luar memandangkan abang dah beberapa kali ke sana, so kami konvoi saje dengan 3 buah kereta..EA,adik lelaki n abang, masing-masing drive satu kereta..kami bertolak agak awal dengan harapan cepatla sampai ke Bandar Seri Begawan (BSB) dan dapat pulang ke Miri sebelum malam..maklumlah ada ramai si kecik..hehe..:) Selepas briefing dan dengan berbekalkan sedikit bekalan makanan,kami memulakan perjalanan..

Menuju ke sempadan Malaysia-Brunei iaitu di Sungai Tujuh dari pusat Bandar Miri hanya lebih kurang 30km, cuma untuk ke BSB mengambil masa 2 jam lebih kurang gitu..itu pun termasuk dengan sedikit 'jalan2 makan angin' gara2 EA tersilap amik jalan..haha..terlaju sikit bawak kereta..tak pasal-pasal 2 kereta lagi kena follow EA..nak buat camne..kitaorang tak buat roaming..so follow meng'follow' la kitaorang dekat-dekat..
 
Brunei adalah sebuah Negara yang mementingkan penulisan jawi dan diaplikasikan
hampir keseluruhan tempat..bas juga bermacam warna mengikut destinasi..colourful..
 
Sesampai je di BSB, EA agak terkejut melihat Bandar BSB yang langsung berbeza dengan apa yang ada di fikiran..Di benak EA, BSB ialah ibu negara yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi dan sebuah bandar yg sibuk dan sesak. Maafkan EA ye sebab tak study pasal BSB dulu.. ^^ Walaupun ia tidak seperti yang difikirkan tetapi BSB sebenarnya sebuah bandar yang agak 'simple', tenang dan menenangkan..
 
Brunei's Royal Regalia dari pandangan luar, tq En Google..
 
Tempat pertama yang kami singgah adalah bangunan Brunei's Royal Regalia dimana terletaknya alat kebesaran diraja Sultan Hassanal Bolkiah, pameran sejarah & perlembagaan Negara Brunei dan sebagainya. Selesai parking kereta di seberang jalan berhadapan Muzium, kami mula melintas jalan beramai-ramai..Agak risau juga jika terpaksa menunggu lama untuk melintas. Yela kan, cuaca mulai panas dan kiri kanan ramai anak-anak saudara yang masih kecil beserta ibubapa EA yang sudah berusia. Kesian diorang jika terpaksa berdiri lama di bawah panas mentari.. 
 
Pintu masuk ke Muzium..:)
 
Tapi tahu tak, begitu mudahnya untuk anda melintas jalan di Brunei? Sesuatu yang EA kagumi adalah rakyat Brunei begitu senang untuk memberi laluan kepada pejalan kaki..Mereka akan mula memperlahankan kereta dan memberi isyarat supaya anda melintas. Alhamdulillah dipermudahkan urusan..:) Kereta di sini juga tidak dipandu laju pada pandangan EA jika dibandingkan dengan tempat EA yang kebanyakannya memang laju..termasuk EA sendiri..hukhuk..mungkin disebabkan ini juga, mereka dengan mudahnya memperlahankan kereta dan memberi laluan..
 
Ok, di Muzium ini..barang-barang seperti kamera dan handphone tidak dibenarkan dibawa masuk dan perlu disimpan di dalam locker. Tiada bayaran dikenakan. Hanya di ruangan bawah sahaja yang dibenarkan mengambil gambar. Melangkah je kaki ke dalam Muzium, mata anda akan disajikan dengan tandu di raja yang begitu besar di ruangan tengah muzium dan berwarna emas..sangat besar kot bagi EA tapi cantik dengan ukirannya yang kreatif..Selain tandu ini,dipamerkan juga peralatan-peralatan lain seperti payung, bendera, replika dan alatan pertahanan dan adat istiadat lain..
 
 
Tandu Di Raja ini sangat besar ok..:)

 
 
Antara barang pameran di ruangan tengah Muzium,mungkin
digunakan untuk majlis-majlis tertentu juga

Di tingkat atas pula dipamerkan alat-alat kebesaran di raja Sultan Brunei, gambar-gambar sejarah seperti semasa pertabalan, barang-barang persembahan oleh raja-raja atau VIP kepada Sultan dan banyakk lagi barangan istana lain..Maaf, EA kurang pasti panggilan yang betul untuk barangan-barangan tersebut..:)Tetapi sesuatu yang amazing yang dapat anda lihat di muzium ini adalah barangan istana yang diperbuat daripada emas!! Subhanallah..betapa kayanya Negara Brunei..Barangan-barangan ini diletakkan di satu sudut dan di dalam tempat yang berkaca..jangan cuba buat perkara yang bukan-bukan tau, ada pengawal disitu..hehe..Antara barangan dari emas ini seperti singgahsana, beberapa replika dan juga alatan istana lain yg EA tak pasti namanya..Ok,jika anda berkunjung ke BSB, jangan lupa ke Muzium ini ye..banyak yang dapat anda lihat..
 
Setelah puas melihat di sekitar Muzium, seterusnya kami singgah di Masjid Omar Ali Saifudin yang terletak tidak berapa jauh dari Brunei's Royal Regalia tadi..kami berjalan kaki saje beramai-ramai memandangkan pada ketika itu jalan sudah mulai sibuk dengan pekerja yang keluar makan tengahari..terasa jugak jauhnya berjalan kaki di waktu tengahari ni..hehe..

 
Masjid ini sememangnya indah disamping bentuk senibinanya..
 
Pandangan dari sisi..kawasan nya sangat luas..
 
Masjid Omar Ali Saifudin ini tidak kurang juga besarnya..berhawa dingin dan memang menjadi tumpuan penduduk di sini untuk bersolat Zohor berjemaah..di dalamnya pun tidak kurang hebatnya tetapi anda tidak dibenarkan mengambil gambar..EA suka tengok tempat mengambil wuduk..cantikk kot..

Tasik dibelakang Masjid Omar Ali Saifudin..cantikkan?? Pic dari En Google

Di depan Masjid ni terdapat Mall tapi lupa plak nak take note namanya..so, selepas Solat Jamak Qasar, kami teruskan misi untuk mengisi perut pulak yang dari tadi lagi berbunyi..hehe..selesai makan kenyang-kenyang di food court, kami berjalan-jalan di sekitar Mall sebelum ke Kampung Air..


Menurut Wikipedia, Kampung Air merupakan perkampungan air terbesar di Asia Tenggara tau..di sini, pengangkutan utamanya adalah sampan,ada yang berenjin dan ada yang manual tapi kebanyakannya berenjin dan seperti bot laju panjang. Menarik jugak kampung ni..bayangkan macam mana kehidupan seharian dikelilingi air dan bersampan/berbot setiap kali ingin ke mana-mana..tapi, sedihnya kami tak berkesempatan untuk menaiki bot ke kampung ni..

Hari semakin petang dan kami juga sudah kepenatan..perjalanan diteruskan ke Masjid Hassanal Bolkiah pula, mercu tanda Brunei Darul Salam..dari jauh kelihatan, benar-benar menggamit perasaan..


Agak lama juga kami di Masjid ini. Memandangkan kami sudah solat tadi maka kami hanya mengambil gambar di sekitar masjid dan merehatkan badan buat seketika sebelum bertolak pulang ke Miri.Di sini juga tidak dibenarkan mengambil gambar ye. Keadaan di dalam masjid ini lebih indah berbanding Masjid Omar Ali Saifudin pada pendapat EA walaupun tidak dapat melihat sepenuhnya di sebelah dalam.
  
 
 
Antara gambar yang diambil
 
DITINGGALKAN
Selepas beberapa ketika, ayah mula mengajak pulang bimbang kami akan sampai lewat ke Miri..akhirnya selepas puas bergambar, kami bertolak pulang. Tak sangka pula, perjalanan pulang ditakdirkan terjadi 'sesuatu'..hehe..
 
Dari Masjid Sultanah Bolkiah, ketiga-tiga kereta mula keluar satu persatu dari perkarangan masjid dan EA berada paling belakang. Bersama EA ialah adik perempuan dan 3 orang anak saudara yang kesemuanya perempuan.. yang paling kecik 5-6 tahun gitu..makciknye pun dah lupa umur ..Bila sampai ke lampu isyarat pertama, kedua-dua kereta sempat melepasi lampu isyarat hijau kecuali EA yang berhenti di kala lampu isyarat kuning..:) tetiba 'baik' pulak time tu mematuhi lampu isyarat..

Bukan apa, sepanjang EA memandu di BSB, EA perhatikan rakyat kat sini sangat bersopan di jalan raya..jika lampu isyarat berwarna kuning, diorang akan bersedia untuk berhenti bukannya semakin laju..Disebabkan EA beberapa kali juga 'meredah' lampu isyarat kuning sebelum ini (sebab takmau bagi tertinggal di belakang)..so EA pun berhenti  di kala lampu isyarat berwarna kuning..tak pasal kena tinggal pulak  dan lagi menyedihkan..kedua-dua kereta tersebut meneruskan perjalanan tanpa perasan yg sebuah kereta lagi 'hilang'..
 
EA pada masa tu, masih 'cool and macho' sebab yakin mereka akan berhenti di mana-mana dan tunggu sehingga kami sampai..Kebiasaannya pun begitu..:) Bila lampu isyarat sudah hijau, EA meneruskan pemanduan sehinggalah ke lampu isyarat seterusnya.Pelik jugak bila tiada kereta diorang berhenti di mana-mana.
 
EA terus memandu melepasi beberapa lampu isyarat sehinggalah ke satu simpang tiga yang EA tak tahu samada ke kiri atau ke kanan..Alamak..Erm..EA cuba ke kanan dan terus memandu..tapi masih belum ada tanda-tanda kereta abang mahupun adik berhenti..Anak saudara kat belakang ni pun EA pesan siap-siap..kalau nampak kereta abah dan Ayah Su bagitau..tapi sayangnya tak ada juga..Risau pulak kot tersilap jalan,makanya EA ambil keputusan kembali ke Masjid Hassanal Bolkiah..nasib baik jalannya straight saja so senang nak ingat..Di Masjid, kami menunggu seketika dengan harapan diorang kembali..
Dalam keadaan macam ni terasa susahnya bila tiada telefon..tak boleh nak call & contact each other..ingin saje call..ingin saje whatsApp..ingin saje mesej bagitau yang kami di masjid..tapi realitinya tak dapat..cuba juga buat roaming tapi tak berjaya..
 
Rasa tak sedap hati bila hanya duduk menunggu tanpa berbuat apa-apa..
Macam mana jika diorang tetiba berhenti dan menunggu di mana-mana..?
 
Maka EA ambil keputusan untuk cuba sekali lagi..so EA keluar dari kawasan Masjid dan cuba men'jejak' 2 buah kereta Malaysia itu.EA cuba jalan yang sama juga tapi pada masa tersebut,jalan agak sesak..Waktu orang balik kerja..Petrol pula hanya tinggal 3 bar saje..cukup-cukup untuk sampai ke Miri dengan laluan yang betul..sekarang ni, jalannya masih blur dan sesak..kali ni EA ambil keputusan untuk kembali ke masjid sebab nak jimatkan petrol..
 
                                
Tiada sesen pun duit Brunei yang EA ada..hanya Ringgit Malaysia sahaja..I've got the lesson..:)
 
Dalam hati Allah saje yang tahu betapa risaunya..jika EA sorang2 mungkin lain ceritanya.Tapi sekarang EA dengan anak-anak kecil..bekalan makanan yang tidak mencukupi..begitu jugak air minuman..Walaupun pada masa tu, EA sendiri dah rasa dahaga tapi tahan je sebab nak simpan untuk anak-anak sedara..inilah akibatnya tak ada duit Brunei di tangan..ayah dan abang yang pegangkan sebab duk fikir takde pe2 kot..So, pesanan untuk anda..walaupun anda datang bersama keluarga dan berkumpulan, peganglah sedikit duit sendiri untuk kes-kes kecemasan..don't take for granted..nanti jadi macam EA..
 
Sesampainya di masjid, EA matikan enjin dan keluar dari kereta..tercari-cari kot ada sesiapa yang boleh ditanyakan jalan..Akhirnya ternampak seorang kakak ni menunggu suaminya solat.EA menegur dia dan bertanyakan jalan yang sepatutnya untuk ke Miri..Dia ada menyebut beberapa nama jalan tp kedengarannya sangat asing..hehe..EA hanya ingat nama Jerudong dan seterusnya melalui highway..katanya senang saje..EA pegang kata-kata dia..'senang saje..senang saje..' hehe..lets try again..
 
Kali ini EA nekad, mesti sampai jugak ke Miri hari ni..mesti cuba balik jugak memandangkan kebarangkalian untuk bertemu dengan 2 buah kereta lagi agak tipis..kena usaha sendiri untuk balik..
 
Untuk kali ketiganya, kami meneruskan perjalanan 'sebatang kara' mengikut jalan yang disebut oleh kakak di Masjid tadi..kali ni jalan dah tak sesesak tadi..lampu-lampu dikiri kanan jalan mula kelihatan menandakan malam bakal menjelma..EA memberanikan diri biarpun dalam hati agak kecut jugak..Negara orang kott..tp disebabkan EA yg paling tua dan yang sepatutnya bertanggungjawab..terpaksa jugak jd berani..
 
Jalan yang dilalui kali ni agak jauh jugak..dengan yakinnya EA memandu sehinggalah dipertengahan jalan, EA tersedar..DUIT TOLL?? aiyak huhu..macam mana nak bayar tol? Sebelum ni apabila melalui tol, abang akan bayarkan untuk ketiga-tiga kereta sekaligus dan sekarang EA bersendirian..Ditakdirkan Allah atas sebab yang satu ini, EA untuk kesekian kalinya membuat keputusan untuk berpatah balik ke Masjid Hassanal Bolkiah,satu-satunya tempat yang EA tahu dan InsyaAllah selamat untuk kami..
 
Agak sedih tapi redha sebab akhirnya malam ni kami terpaksa bermalam di masjid sebelum pulang ke Miri esok pagi..makan dan minum apa yang ada dalam kereta dan mungkin terpaksa menagih simpati sesiapa yang sudi di masjid nanti..kesian pulak bila difikirkan..harapnya esok ada episod baru..
 
Sepanjang perjalanan ke Masjid Hassanal Bolkiah, EA berserah segalanya kepada Allah..kepada penumpang kecil di belakang, EA ingatkan supaya tidak putus berdoa supaya kami ditemukan dengan ahli keluarga yang lain dan dipermudahkan segala urusan nanti..walaupun terasa peluang agak tipis tapi disisi Allah,tiada apa yang mustahil kan..Hati semakin tenang selepas berserah kepadaNya cuma di fikiran silih berganti 'plan' yang akan dibuat di masjid dan keesokannya nanti.

Semakin hampir sampai ke Masjid, semakin kuat hati berdoa..semakin kerap pesanan untuk penumpang kecil..'doa..doa'..semakin tinggi pengharapan agar keajaiban berlaku..agar ada yang menunggu..

AKHIRNYA

Sesampainya di perkarangan Masjid, terlihat kelibat seseorang yang amat dikenali sedang memegang handphone dan berjalan mundar-mandir..ternampak raut keresahan di wajahnya..lantas terkeluar dari mulut EA..'Umii!!' memberitahu anak-anak saudara..Allahu Akbar..terasa kebesaran Allah yang Maha Mendengar..yang Maha Menolong..

Selesai parking, kami semua dipeluk oleh kakak yang menangis..Aihhh..tak pasal kami semua juga menangis sama..sedihh kot...macam jejak kasih aje padahal baru berapa jam 'hilang'.. 'Kenapa umi tinggal?' Tanya anak saudara pada uminya..huhu..kami juga bertanyakan soalan yang sama tapi versi sedikit matang..:)

Pada ketika itu hanya kakak yang kelihatan,yang lain ada di dalam masjid..Tidak lama kemudian adik lelaki datang diikuti dengan mak,ayah dan abang yang jelas terkejut dengan kewujudan kami. Sekali lagi kami berpeluk sambil menangis..huhu..Alhamdulillah pertemuan kami di sini kembali..di tempat terakhir kami berpisah..EA terfikir bagaimanakah perasaan ahli keluarga MH370 yang menghadapi 'kehilangan' yang lebih besar..Apapun, semoga semua ahli keluarga yang terlibat tabah dan redha dengan ujian yang menimpa.



Subhanallah..masjid ini di waktu malam tersangatlah cantik..
 
Tak lama kemudian, kedengaran azan Maghrib dari Masjid Hassanal Bolkiah..kami bersolat Mahgrib dulu sebelum berangkat pulang..Alhamdulillah tak terhingga kerana akhirnya EA pulang ke Miri berteman..walaupun badan terasa amatlah penat dan lapar, tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pertemuan ini. Alhamdulillah..Alhamdulillah..:) Pemandangan masjid ini di waktu malam sangat indah tetapi EA tidak berkesempatan untuk mengambil gambar..mood nak bergambar takde selepas apa yang terjadi..hehe..

Berbalik kepada kisah kami ditinggalkan, memang pada awalnya mereka menyangka EA ada dibelakang dan dapat follow dari jauh tapi kedudukan lampu isyarat yang berdekatan dan kebetulan hijau pulak, menyebabkan EA semakin jauh ditinggalkan. Sehinggalah bila adik menyedari yang kereta EA langsung tidak kelihatan, barulah dipotong kereta abang supaya berhenti..Malangnya EA tidak juga muncul.

Selepas percubaan 'mencari' kami tidak juga berjaya dan hari semakin gelap, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Atas nasihat polis tersebut, barulah mereka kembali ke Masjid kerana terdapat kemungkinan EA akan kembali ke sana. Trm kasih encik polis memberi nasihat tersebut dan Alhamdulillah kerana Allah gerakkan hati EA dan keluarga ke tempat yang sama dan pada masa yang tepat..

*********************************************************

Banyak pengajaran yang EA dapat dari apa yang terjadi..yang penting, keyakinan kita terhadap pertolongan Allah..Sungguh..!! Jika kita benar-benar berserah dan bertawakkal..Allah pasti akan menunjukkan jalan keluarnya..Dalam apa jua keadaan kita pada hari ini, berserahlah kepadaNya sesudah kita berusaha..Di saat dirasakan MUSTAHIL, tiada apa yang MUSTAHIL disisi Allah..:)

Insyaallah jika ada rezeki, EA akan datang lagi ke sini satu masa nanti. Semoga ini bukan yang terakhir..

p/s: tq adik Komie Photography untuk gambar-gambar ni..:)
 
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 

No comments:

Post a Comment