Showing posts with label Kesihatan Sendi. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Sendi. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

~Cara memilih pil kalsium yang baik :)


Salam dan selamat pagi..:)
Apa khabar anda semua?
EA harap semuanya ceria-ceria..jangan stress..jangan sedih..lupakan perkara-perkara yang tak memberi faedah k..:)
 
Ok,hari ni EA nak share tentang pil kalsium..ada customer tanya EA, adakah Shaklee juga mempunyai pil kalsium? 

Hehe..Yup..jangan tak tahu Shaklee juga mempunyai pil kalsium nya yang tersendiri tau..tapi sebelum tu, tau tak macam mana kita nak tahu sesuatu pil kalsium tu baik ke tak untuk kita??

KETAHUI BAGAIMANA MEMILIH PIL KALSIUM 
 
Tahukah anda bagaimana memilih pil kalsium yg baik?
Pil kalsium yg baik mestilah didatangkan bersama-sama dengan MAGNESIUM & VITAMIN D

MAGNESIUM:
> Bertindak sebagai agen pengangkut kpd kalsium untuk membawanya ke tulang untuk diserap
 
VITAMIN D:
> Membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik kpd tulang

Jika KALSIUM semata-mata tanpa dua vitamin ni, ia tidak berupaya menyerap dlm badan tau.
Malah anda terdedah kepada risiko penyakit batu karang.

Kenapa tidak memilih OSTEMATRIX Shaklee? 
 

 Ia dilengkapi dengan kalsium,magnesium dan juga vitamin D yg memberi kebaikan berikut:
*Membantu pembentukan gigi & tulang yg sihat
*Membantu dalam masalah gastrik
*Membantu dalam megelakkan penyakit osteoporosis
*Membantu mengatasi masalah sembelit
*Meringankak sakit ketika senggugut
*Meringankan stress
*Meringankan sakit gelakang, kekejangan,kebas & simpul biawak
 
Banyak kan faedahnya? Sekiranya anda ingin memilih yang pil kalsium..pilihla yang terbaik..keputusan di tangan anda :)
 
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain

Friday, May 9, 2014

~Miri - Brunei Part 1: Alkisah di Miri..

Salam..apa khabar semua? Dah lama EA nk share tentang trip ke Miri - Brunei dan Alhamdulillah, hari ni siap jugak akhirnya..dah 2 bulan kott pending..O_0

Jeng..jeng..jeng..

Miri Brunei Part 1:

Mac lepas, sempat jugak EA bercuti seminggu, family trip ke Miri, Sarawak dan seterusnya 1 day trip ke Brunei..Actually ni 2nd time ke Miri, yang bezanya kali ini 'teman'kan parents & anak buah pulak..temanlah sangat ye..:) Lagipun umi ayah teringin sangat nak ke Brunei, nak kenal tempat orang katanya..sementara kakak & abang masih lagi bekerja di sana, so amik peluang cepat2..karang kalau dah pindah Semenanjung, kebarangkalian tu agak tipis..hehe..
 
Perjalanan dari tempat kerja di Dungun,Terengganu ke Kota Bharu dan keesokannya drive pula ke Kuala Terengganu(KT) agak memenatkan tapi its ok..family is priority kan..Lagipun dah telan Vitalea siap2..dah minum ESP siap2..:) Kami fly dari KT Airport memandangkan di KB, tiada flight direct ke Miri. Jadi boleh save cost,save time & save energy jugak terutamanya untuk warga emas..tak perlu jalan kaki jauh-jauh dan masa menunggu juga dapat dikurangkan..Untuk makluman,penerbangan dari KT direct ke Miri bukannya available setiap hari ye..tiketnya selang2.. opps, ini Air Asia punya..so sesape nak direct ke Miri, jengukla2 date ye..:)
 
 
Oh ya, sebagai persediaan, EA telah sediakan Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dari Shaklee untuk umi ayah..maklum lah, pasti nanti banyak berjalan kaki ke sana sini dan takut sakit lutut menjengah..bila usia meningkat, perkara sebegini memang sukar nak dielakkan..So kita yang masih muda ni jaga kesihatan dari sekarang ye..mudala sangat EA ^^....Alhamdulillah diorang takde mengadu sakit lutut sepanjang berada di sana..:) Kalau kawan2 nak hadiahkan untuk mak ayah pun boleh..selain dari Omega dan AJHT, anda juga boleh tambah Ostematrix (kalsium) untuk kesihatan tulang mereka..^^
 
Untuk EA dan adik2 pulak, semestinya multivitamin Vitalea dan juga ESP..letak dalam pill box..letak dalam Tupperware kecik..tadaa...senang!!..nak berholiday ni takmau lesu2 ye..be energetic!!

 
Omega Guard & AJHT untuk kesihatan sendi dan lutut my parents
 
Alkisahnya di Miri..EA berkesempatan melawat Muzium Petroleum Miri. Kat sini terdapat banyak ilmu, gambar dan pelbagai maklumat tentang petroleum..malah ia juga sesuai untuk dikunjungi oleh anak-anak kecil, siap ada tempat untuk diorang main-main lagi ok..:) Then, kami juga berpeluang menikmati Mee Kolok, Mee Jawa dan makanan sampingan lain..singgah di Miri Handicraft Centre untuk souvenir..dibawa melihat sekitar bandar Miri dan kampung2 disana.. macam YB pulak..hoho..melihat pertandingan wau dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Lutong..cantikk!! Tak lupa juga menyeberangi Jambatan Gantung dan menikmati pemandangan yang cantik kat situ!! Aihh banyak lagi, tapi biarkan saja gambar berbicara..:)

Jom scroll down..


 
 
 
 Ni pemandangan dalam Muzium Petroleum Miri keh..gambar ke2 dan ke3 dari En Google..:) Gambar Kelisa atas sekali tu, untuk mainan anak-anak..hehe..

Haa..tau tak..kat sini, mereka yang bekerja kat Offshore boleh balik hari yang sama tau..berbeza dengan di tempat EA yang stay beberapa hari atau berminggu di platform..
 
 Ramai jugak yang datang tapi my focus adalah matahari terbenam di Pantai Lutong..wau2 itu kurang minat..hehe..cantikkan? Tapi lupa pulak bawak kamera..


Mee Jawa dan Mee Kolok..EA lebih suka Mee Kolok, Mee Jawa anak sedara tolong habiskan :)

Jadi YB sat, jom ronda2..hehe..
 

 
Jambatan Gantung ni agak panjang perjalanannya dan cantik pemandangannya..Alhamdulillah, my parents masih mampu untuk teruskan sampai ke hujung..:) Jauhh & tinggi kott..
 
 
Anda boleh dapatkan pelbagai cenderamata kat sini..tapi survey harga dulu sebelum beli..harga mungkin berbeza mengikut penjual ye. Nak balik Semenanjung baru ada feel nak singgah..hehe.. Tenkiu En Google :) 
 
 Udang Baring atau Dried Shrimp banyak dijual kat sana..boleh dimasukkan dalam Nasi Goreng  dan boleh juga dibuat Cekodok..

Dan Kek Lapis Sarawak!! Teringat pulak masa ke Dayang Salhah di Kuching dulu..pening den nak pilih..pelbagai pilihan dan rasa,siap ada tester bagai..Harga?? Of course le berbeza..yg pasti Kek Lapis Coklat Cheese torbaikk..Kalau di Miri, kami beli di Ir One. Tq En Google & owner :)
 
Bila letak gambar kek ni,teringin pulak nak makan..hehe..nantila, intai-intai resipi kot senang nak dibuat..berlapis2 ingat senang ke EA.. Selain tu ada juga ke pasar Tamu Kedayan tapi EA tak turun pun..just tunggu dalam kereta..Rugi pulakkan..kalau tak, boleh tengok pelbagai makanan Sarawak dijual kat sana..
 
Ini kisah sekitar di Miri,Sarawak..Kisah di Brunei yg sedih tu?? Will be continue...:)
 
Erm, sebenarnya bukan tentang trip semata-mata yang EA nak share tapi ada yg lebih penting..ni just intro..panjang punya intro..experience kat Brunei ni sedikit terkesan di hati yang mungkin bagi anda satu perkara biasa tetapi tidak bagi EA..ada pengajaran di situ.. T_T..Ikuti sambungannya di Miri - Brunei Part 2: Tawakkal..Pasti..Pasti Ada Jalannya.. *kini masih dalam penulisan..*
 
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni..really appreciate!!
 
p/s: Ingin cuba supplement Shaklee??
Boleh hubungi EA seperti details di bawah..:)
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
 

Monday, January 6, 2014

~Shaklee Collagen Powder untuk kesihatan dan kecantikan ^^

Bila sebut tentang kolagen,teringat pulak saya pada satu ketika pernah glamour dengan kolagen rumpai laut. Saya pun pernah menggunakannya..hehe..Rumpai laut tu kena basuh bersih-bersih dulu dan masak sampai rumpai tu semua hancur..then baru letak dalam bekas kecik-kecik sebelum di simpan dalam peti..senang nak makan..memang time  tu glamer betul..sana sini duk criter.. :)
 
Tapi sekarang saya tak pakai cara tu lagi sebab dah ada cara yang lebih mudah untuk mendapatkan kolagen..
 
Lebih mudah cara makannya..
Lebih mudah diserap oleh badan..
Lebih power kerana sumbernya dari ikan laut dalam yg bebas dari pencemaran..
Lebih meluas kebaikannya..nak sihat boleh..nak cantik pun boleh..malah ia juga sesuai untuk wanita dan lelaki..
 
Ini dia..Collagen Powder Shaklee (SCP)!!
 
SCP memang terbaik untuk kulit dan terbukti berkesan tau..kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri dan lihat keberkesanannya..Kalau masih ragu-ragu,anda sendiri boleh google testimoni pengguna..memang macam-macam..dari kesihatan luar dan dalam sehinggalah kepada kecantikan dan awet muda..mmg awesome!!

 Mengapa ia dikatakan terbaik?
# Ia mengandungi 4000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen yg berkualiti tinggi
# Molekulnya sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton menyebabkan ianya mudah diserap oleh badan
# Membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
# Penyerapannya sehingga ke tahap sellular
 
Faedah pengambilan SCP secara ringkasnya:

 # Anti Penuaan
# Mengembalikan keanjalan kulit
# Melembapkan
# Mencerahkan kulit
# Melicinkan dan menegangkan
 
 
 
 


Tak perlu lagi kosmetik dan make up tebal-tebal untuk menutupi jeragat dan kulit kusam..dengan penggunaan SCP dengan konsisten,anda pasti berpuas hati..satu hari just satu sachet je..senang.. :)
 
Nak cuba? Boleh saje..hubungi saya seperti details di bawah k..
Daa..
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, December 12, 2013

~Kesihatan Sendi dan Tulang..


Anda mengalami sakit-sakit sendi?
Atau ibu ayah anda mengalami lenguh-lenguh badan?
 
Ini dia option bg mereka yang mengalami masalah-masalah berikut..samada untuk parents, ibu mengandung atau berpantang dan menyusu, juga untuk diri sendiri yang mementingkan kesihatan..:)

Oppss..tp ia bukan sahaja spesifik pada sendi/tulang/saraf semata tetapi juga kebaikan berikut:
 
*Mengurangkan stress
*Mengurangkan sakit senggugut
*Membantu masalah gastrik
*Membantu dalam masalah sembelit
*Membantu mengekalkan tekanan darah normal
*Merendahkan kandungan fosfat (bagi pesakit buah pinggan kronik)
*Meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran
*Merendahkan tahap kolestrol
*Mengurangkan risiko penyakit jantung
*Mengawal masalah obesiti
*Mencegah migraine
 
Ini dia..

Set Sendi Sihat dari Shaklee
________________________

 Omega Guard
-bertindak sebagai anti radang
-menurunkan kolestrol
-menjaga kesihatan jantung

Ostematrix
-sumber kalsium terbaik
-menjaga kekuatan tulang
-mengelakkan kejang dan kebas
-melancarkan bahan buangan dalam badan

Advance Joint Health Tablet (AJHT)
-menyokong keselesaan sendi
-meningkatkan kesan kusyen
-memelihara tisu penyambung yg sihat

Dengan PROMO Omega Guard Dec ini,setiap satunya tak sampai RM1xx pun..insyaallah anda dapat rasai perbezaannya..
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.