Sunday, November 23, 2014

~Kejohanan Taekwondo 2014

Assalamualaikum semua..
 
Hai..hai..hai.. :)
 
Macam mana dengan weekend korang?
Rehat kat umah je ke atau ada diisi dengan perkara yang bermanfaat?
 
Hehe..Alhamdulillah, weekend yang lepas saya telah mengikuti Kejohanan Taekwondo 2014 yang berlangsung selama 2 hari di Dungun, Terengganu.tapi bukan sebagai peserta pun..tak layak sebab umur dah melebihi had..ekeke.. hanya menjadi bidan terjun sebagai urusetia memandangkan orang yang sepatutnya tidak dapat hadir atas urusan yang tak dapat dielakkan..Gulppss..1st time join ni agak mendebarkan sebenarnya tetapi tak mengapa..saya suka belajar perkara baru dan bermanfaat..I'm willing to learn..I'm willing to do..~ayat positif yang perlu sentiasa di rewind :)~
 
 
Kejohanan ni melibatkan sekolah tadika,rendah dan menengah..tapi yang paling menarik untuk anda tonton adalah dari sekolah menengah sebab mereka sangat aktif berlawan dan agresif. Saya pulak yang risau terlebih..hehe..yela, sekali kena tendangan tu..perghh..menangis..~kalau saya la..hoho..~ Dengan 360 turning kick,chopping kick nya..flying kick lagi..wawaaa..kagum!!
 
Memandangkan saya ditugaskan untuk perlawanan tadika dan sekolah rendah, jadi saya punya tak banyak masa untuk melihat perlawanan peserta sekolah menengah..hanya boleh mencelah apabila perlawanan yang ditugaskan tamat..saya punya 'adore' cara mereka berlawan sampaikan berangan jugak kot tetiba satu hari nanti boleh sparring macam diorang..haha..tp please note..BERANGAN saje tanpa USAHA takde gunanya ok..ok ok..faham.. ('.')"
 
 
Antara peserta yang terlibat..comey2 je semua..
 
Peringkat tadika dan sekolah rendah pulak, ada part kelakar dan ada part yang menyentuh jiwa raga..hehe..
 
Boleh bayang tak macam mana si kecik berlawan..?
Sepak sepak dan sepak..tumbuk tumbuk dan tumbuk..tapi tak kena pada target..:) comel je..last-last penat macam tu je..mengah..
 
Ada pulak yang pada mulanya bersemangat..tapi bila asyik kena 'kick' je, menangis dan tak nak lawan dah..sakit ok bila banyak kali kena.. ibubapa pulak ada dua keadaan bila anak dia berkelakuan macam ni..
 
'Adik..lawan lawan..sikit lagi..adik boleh..!!' tetap bg semangat..
 
Atau..
 
'Ok, dah dah..kesian adik sakit..' request untuk stop the game..
 
Hehe..mana satu pilihan anda bergantung pada keadaan si anak..kalau dah teruk sangat kena, juri sendiri akan stop kan terlebih dahulu kecuali kalau si anak tu nak jugak berlawan..tak putus asa..
 
Tapi tak semua ok..ada juga yang memang hebat sparring walaupun kecik..kaki tak sampai tak pe, boleh guna macam-macam kick ~yang saya pun tak reti nak buat..hehe~ lagi pulak, laju dan pantas tendangannya..semangat pun kuat..ku kagum dari jauh..hehe..kecik-kecik cili api gitu..^^
 
Apapun, perlawanan berlansung dengan jayanya dan saya juga beruntung kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman baru.

Chaiyok Myself!!!
 
 
  
IF U HAVE DISCIPLINE,DRIVE & DETERMINATION..
NOTHING IS IMPOSSIBLE..


Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713

Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain

 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

Thursday, November 6, 2014

~Perlu ke cium pipi ayah atau ibu?

Salam readers sekalian,
 
Apa khabar semua? Harapnya semua sihat walafiat disamping yang tersayang.. :)
Hurm..Agak terlewat update blog hari ini..hehe..
Tapi takpe, kali ni just entri pendek je..tentang perlu ke kita cium pipi ayah atau ibu ?
Perkara simple je tapi mungkin juga ramai terlepas pandang..
 
Bila nak ke mana-mana terutamanya ke tempat yang jauh, adakah anda cium pipi ayah ibu dulu sebelum bertolak?
Atau hanya bersalam, peluk cium dipraktikkan hanya di Hari Raya?~ Ngee..tu adalah saya..~
Bagi anak perempuan macam saya, mencium pipi ibu adalah bukan satu masalah..tapi bagaimana jika ayah?
Nak cium pipi ayah kiri  dan kanan?
Alaaa..segann la..cukupla sekadar bersalam dan cium tangan..huk3..
 
Erk..
 
Saya perempuan..
Saya dah besar..
Saya segan..
 
Hehe..ye..tu jawapan saya dulu..
 
Sehinggalah beberapa tahun lepas, ada seseorang menyedarkan saya tentang hal ini..agak terlewatkan? Hehe..
 
Tapi..
 
BETTER LATE THAN NEVER.:)
 
***********************************************************************************************************
 
[Cium pipi ayah]
 
Dulu, sy pernah ditanya oleh seorang hamba Allah..
Jika sy balik kampung & mahu berangkat pulang ke Terengganu, adakah sy mencium pipi ayah ?
 
Saya terdiam jap,kelu..soalan apakah ini?

..................................

Dengan teragak-agak saya menjawap 'TIDAK' dan saya ceritakan sebabnya..~jawapan yang tak sepenuhnya jujur :)~


Dia tersenyum seolah-olah dapat mengagak jawapan saya..

Tapi itu dulu..sy BERUBAH sebab terkesan dgn nasihat dan tegurannya..

Ramai yg mencium pipi ayah mereka ketika dia sudah tidak lagi bernyawa..
Ketika dia tidak lagi mampu melihat anaknya..
ketika dia tidak lagi mampu merasai kasih sayang..

Dan ketika itu, sudah tiada gunanya kerana dia sudah terbaring kaku..
Hanya jasad di depan mata..tanpa perasaan..

Satu kerugian yg amat-amat besar sebenarnya..

Saya terdiam lagi..huhu..menahan rasa dalam hati..T_T..
Saya tak mau perkara tu terjadi pada saya.
Saya tak mahu ciuman di pipinya hanya selepas kematiannya..

Maka saya perlu berubah..

Dan akhirnya, tanpa pengetahuan hamba Allah tersebut..kepulangan saya ke kampung selepas itu mula dipraktikkan dengan peluk cium. Pelik pulak ayah bila dia pun kena ciuman di pipi seperti isterinya..huhu..

Dan saya akan kekalkan sehingga akhirnya..dan saya juga mahu orang tersayang di sekeliling saya melakukan perkara yang sama..

:)

**********************************************************************************************************************

Untuk anda yang macam saya yang 'dulu'..usah malu usah segan..dia adalah ibubapa kita dan bermulalah dari sekarang. Tunjukkanlah kasih syg anda kepada ibubapa sementara mereka masih ada..Pamerkanlah sebelum anda menyesal di kemudian hari..

LOVE IBU AYAH..

Eila Aleela
4.49pm
http://aleelazain.blogspot.com

 

Tuesday, November 4, 2014

~Saya ingin mereka sihat sentiasa

[Semoga kesihatan pakcik semakin baik]

Suatu lewat petang,singgah di Maybank dan Bank Islam, Dungun atas sedikit urusan..tatkala kaki ingin melangkah ke Bank Islam,ada sorang pakcik ni cuba membuka pintu untuk keluar.Kelihatan susuk tubuhnya yang lemah,bertongkat dan agak berusia.Jalannya perlahan & tak bertenaga tapi tetap tersenyum..

'Boleh pok kuor dulu?' Pintanya.....

 'Ye pok' Saya memberi ruang.


Tp tangannya tak kuat untuk terus menahan pintu & meminta pertolongan sy memegang pintu tersebut..dia berlalu keluar selepas berterima kasih..

Selesai urusan di Bank Islam,sy kembali ke kereta.Tak sangka pakcik tu masih di situ..kesian dia..rupanya dia bermotosikal,berseorangan..Tanpa motosikal dihidupkan enjinnya,dia hanya menggerakkan motor tersebut dgn kakinya menuju ke Maybank mungkin,yg jaraknya hanya berdekatan..perjalanannya lambat jika hanya bertongkat..

Mungkin ada urusan penting di bank sehinggakan keluar seorang diri tak berteman di lewat petang,dlm keadaan kesihatan yg tak mengizinkan..sy tak tahu kisah hidupnya..saya tak tahu dimana orang terdekatnya..tetapi berharap kesihatannya semakin baik dan urusannya cepat selesai.

Huhu..Tetiba teringat ayah di kampung. Semoga ayah & umi sentiasa diberikan kesihatan yg baik & dikurniakan anak2 yg prihatin & bertanggungjawab di sepanjang usia mereka..InsyaAllah..

Alhamdulillah..
Kami masih punya masa untuk berbakti kpd mereka..dan InsyaAllah saya akan tetap bekalkan mereka dgn supplement Shaklee untuk kesihatan mereka. Tambahan pula, anak-anak kebanyakannya jauh di negeri orang,apakan daya Umi Ayah..demi mencari rezeki..T_T..

*******************************************************************************************************************************
 
Semua orang sayangkan ibu ayah, namun bagaimana anda tunjukkan kasih syg kpd cinta hati kita ni?
Kasih sayang di umur emas ni selayaknya mendapat perhatian setaraf emas juga. Bukan handbag yg ibu mahu, bukan jam tangan yg ayah hendak..mereka hanya mahukan kesihatan dan kecergasan seperti dulu....

 
Sedihkan bila tengok...
..*mak ayah solat duduk?
..*mak ayah sesak nafas melayan cucu?...

..*mak ayah mengeluh sakit bila naik tangga?
..*mak ayah keluar masuk hospital saban bulan?

 
 
 
 
Sedihkan...

Jom..kita spend sedikit daripada gaji kita demi kesihatan ibu ayah dengan Set Kesihatan Ibubapa

» VIVIX
-untuk ibubapa kekal cergas dan juga pulihkan sel
 
» Set Sendi & Lenguh- Ostematrix, AJHT, Omega Guard

» COQ10 Health Plus -untuk kesihatan jantung
Bersama menjaga hati & perasaan serta kesihatan kesayangan kita. Mungkin Shaklee asbab kesihatan ibu ayah yg kita cari selama ini, biiznillah...

SAYA SAYANG IBU AYAH SAYA..     
<3  <3
 
 

Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain

 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, November 2, 2014

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api

Hello guys..

Sempena Safety Day 2014 yang dianjurkan oleh pihak syarikat pada minggu lepas, saya berpeluang mencuba sendiri alat pemadam api dan memadamkan api kecil dengan seliaan oleh pihak bomba..hehe..

Kelakar bila ingat balik..
Terasa malu jugak bila tengok gambar-gambar itu..
Tapi bila tengok video, terus tergelak..haha..

Malu..Malu..
Malu untuk mencuba pada awalnya sebab masa tu ramai jugak staff lain yang majoritinya lelaki.. 
Malu pada mata yang memerhati..maklumle, di padang yang terbentang luas..
Malu kat bomba kalau api tak padam..=p

Tapi dengan niat nak belajar, saya beranikan diri jugak tanpa dipaksa.. ~diri sendiri pun terkejut sebab tetiba berani angkat tangan..ehh~
Takkan nak belajar pun malu? Kalau tak cuba hari ni, belum tentu ada lagi peluang yang sama esok lusa.Kan?
Bak pesan Master Ira masa join Shaklee dulu, jangan duk malu tak bertempat..hukhuk..
Ok ibu..:)

Jom layan gambar dulu..

 
Baju dan helmet,kedua-duanya ku rasa berat..hehe..sebenarnya helmet tu pakai pun tak betul,ingatkan dah 'terletak' rupanya tinggi sangat..patutla rasa cam kepala tak stabil je..tengok gambar baru perasan..aish..
diorang ni tukang gelak je ye..kihkih..
 
 
Sila halakan nozzle ke dasar api,bukan ikut suka je ok..hehe..no wonder api tak padam-padam..sabo je la..^^
 
 
Apa yg instructor suruh taknak dengar..kang dah susah nak padam..haiyo..
Hinggalah extinguisher ni dah habis isinya,api tak jugak padam..so sad..~malu..malu..~
 
Ok, tukar pakai yang baru..
Berattttt kot..sampai senget-senget dah tuannya..
:)
 

Dan selepas 14 tahun tunggu, akhirnya api pun mengalah..letih ceq..fuhhhh..
 
Sebenarnya, kalau ikut cara yang betul dan faham..senang je nak padam..cuma masa tu mungkin saya sedikit blur, jadi arahan tu kurang difahami..maaf ye Tuan..

Cara yang sepatutnya adalah seperti di bawah:

1. Pastikan anda masih lebih tinggi dari api

Tabung pemadam api dirancang untuk memadamkan kebakaran di fase awal. Jika besarnya api sudah lebih tinggi dari anda (api sudah besar), maka tabung pemadam api tidak akan mampu untuk memadamkannya. Jika hal itu terjadi, maka sebaiknya anda memilih untuk menyelamatkan diri.

2. Pastikan tabung pemadam api berisian penuh

Sebelum menggunakannya, pastikan tabung pemadam api dalam kondisi penuh. Sebahagian besar tabung pemadam api dilengkapi dengan penunjuk tekanan isi tabung (pressure gauge) untuk menunjukkan tabung dalam kondisi penuh atau tidak.

Untuk menggunakan tabung pemadam api, anda perlu menggunakan cara yang disebut sebagai PASS.

 
 

P: Pull the pin

Tarik pin pengunci tabung pemadam api.

A: Aim

Arahkan nozzle tabung ke pusat api.

S: Squeeze the Trigger

Tekan handle dari tabung pemadam api untuk mulai menyemprotkan isi tabung.

S: Sweep

Gerrakkan nozzle dari samping ke samping. Pastikan anda mengarahkan nozzle ke pusat api. Semprot hingga api padam. Setelah api padam, tetaplah berhati-hati, walaupun api sudah terlihat padam, masih ada kemungkinan terdapat titik api yang tidak terlihat tetapi masih aktif.

********************************************************************************************************************************
 
 Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu anda yang memerlukan terutamanya ketika dalam kecemasan. Walaupun hanya ilmu asas tapi jangan pandang ringan ye..sangat penting dalam keadaan terdesak dan di saat memerlukan.
 
p/s: Praktical dan teori sama tapi tak serupa..so kalau ada peluang untuk demo, ambillah peluang tersebut untuk mencuba..malu pun takpe..hehe..
 
 
 
Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, November 1, 2014

Jom cuba Kek Coklat ESP simple ..nyummehh..

Assalamualaikum..

Anda peminat Kek Coklat?
Haa..Entry kali ni saya nak berkongsi resipi kek kegemaran saya yang amat iaitu..KEK COKLAT!!

Kalau dah lama tak makan dan rasa 'mengidam' nya datang..memang saya tak tunggu lama..:)
Samada pegi beli yg RM5 sebekas tu atau buat sendiri..tapi hanya boleh buat sendiri bila berada di kampung.hehe..kat rumah sewa, belum ada 'kelengkapan' yang lengkap.. T_T

Hari tu masa balik kampung, atas permintaan adik dan diri sendiri..saya berkesempatan buat 2 biji kek coklat kecik tapi kali ni saya cuba resipi yang sedikit berbeza dengan kebiasaan yang saya buat..

Jeng..jeng..jeng..
Nak tau apa bezanya?

Bezanya adalah campuran ESP Soy Protein Isolate Powder yang memberikan rasa sedikit berbeza dari biasa..dan semestinya sedap dan moist..nyum nyum nyum..:)

Anda boleh ke sini untuk lebih info berkenaan ESP.

PESANAN: Resipi ini amat sesuai untuk mereka yang kurang kerajinan macam saya..hehe..opps..yang kesuntukan masa dan tak suka banyak pinggan..=)

Jom terjah resipi bergambar di bawah..

**********************************************************************************************************************

KEK COKLAT ESP
 
BAHAN-BAHANNYA:
 
Mentega 250 g (saya pakai Farmcows)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1 cawan susu segar 
1 cawan serbuk koko ( Van Houton, MyRasa atau serbuk koko timbang..depends..) 
5 biji telur
3 sudu ESP
Sedikit esen vanilla
 
Hehe..pakai cawan je, kurang rajin pakai timbang-timbang..

Mentega 250 g

 
1 cawan serbuk koko + 1 cawan gula + 2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan susu segar, saya guna Full Cream punya..

Hehe..ni gaya orang nak cepat & 'rajin'..just satukan semua dalam satu pinggan.
 

Jangan lupa 3 sudu ESP ye..nak dicampurkan dengan yang lain macam ni pun boleh atau nak dicampurkan air dulu pun juga boleh..ikut selera masing-masing..
 
 
Bukan kita je nak consume Shaklee..kek pun sama ok..nak consume supplement jugak sama macam tuannya..hehe..tapi ini tak tertakluk kepada ESP sahaja tau..anda juga boleh mencuba campuran Mealshakes atau Performance Drink atau ketiga-tiganya untuk sedikit kelainan..

Kek Coklat + ESP + Mealshakes + Performance Drink =  Rasa Coklat + Soya + Vanilla + Ala-ala Oren..
 
Nyummeh..:)

5 biji telur yang sudah dipecahkan siap-siap

*********************************************************************************************************************
 
CARA MEMBUATNYA SERINGKAS MUNGKIN:
 


Paling mudah caranya:
 
Masukkan mentega, putarkan sehingga sekata.
Kemudian, diikuti pula gula, tepung, serbuk koko, ESP, susu segar dan telur secara bergilir-gilir dan sedikit demi sedikit..bukan sekaligus ye..
 
Contoh: Masukkan sedikit campuran 4 benda tadi (tepung,gula,serbuk koko dan ESP), kemudian putar sehingga sebati. Bila dah sebati, masukkan pula sedikit susu..ulang cara tersebut dan gantikan pula susu dengan telur..begitulah seterusnya secara bergilir-gilir sehingga habis..depends nak masuk yang mana dulu keh..  

Kemudian masukkan sedikit Esen Vanilla untuk hilangkan bau telur..tapi honestly, kadang saya tak letak pun sebab kat rumah takde stok..rasanya,ada atau tiada tidak memberi kesan yang kuat kepada rasa kek..ngeh3..
 

Bila semuanya dah sebati, boleh masukkan adunan dalam tray yang dah disapukan dengan mentega di sekelilingnya. Ia bertujuan supaya kek tak melekat di tray apabila sudah masak nanti..karang senang nak terbalikkan juga untuk dihias..:)
 
Erm..Macam mana nak tahu kek dah masak ke belum?
Ok, cuba ambil garfu dan cucuk sedikit di tengah-tengah kek.
Jika ada adunan yang belum masak melekat di garfu, itu menandakan kek belum masak sepenuhnya.
Hehe..kat gambar pun ada  2 tanda dicucuk garfu..tanda pembuatnya belum expert..=p



 
Untuk topping pula, saya hanya menggunakan coklat masakan yang dimasak bersama susu segar..sebanyak mana anggarannya bergantung kepada sebanyak mana anda ingin ia pekat. Tapi hati-hati..jangan terlebih pulak.Karang tak pasal terlebih manis..


Tarrraaa !!
 Kek Coklat ESP sedia untuk di makan..
Lebih sedap dan moist..
Jom ngapp sepotong..ehh cukup ke..
 
Selamat mencuba..:)

p/s: Kek Coklat memang sedap tapi haruslah berpada-pada memakannya ;)


Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.