Sunday, November 23, 2014

~Kejohanan Taekwondo 2014

Assalamualaikum semua..
 
Hai..hai..hai.. :)
 
Macam mana dengan weekend korang?
Rehat kat umah je ke atau ada diisi dengan perkara yang bermanfaat?
 
Hehe..Alhamdulillah, weekend yang lepas saya telah mengikuti Kejohanan Taekwondo 2014 yang berlangsung selama 2 hari di Dungun, Terengganu.tapi bukan sebagai peserta pun..tak layak sebab umur dah melebihi had..ekeke.. hanya menjadi bidan terjun sebagai urusetia memandangkan orang yang sepatutnya tidak dapat hadir atas urusan yang tak dapat dielakkan..Gulppss..1st time join ni agak mendebarkan sebenarnya tetapi tak mengapa..saya suka belajar perkara baru dan bermanfaat..I'm willing to learn..I'm willing to do..~ayat positif yang perlu sentiasa di rewind :)~
 
 
Kejohanan ni melibatkan sekolah tadika,rendah dan menengah..tapi yang paling menarik untuk anda tonton adalah dari sekolah menengah sebab mereka sangat aktif berlawan dan agresif. Saya pulak yang risau terlebih..hehe..yela, sekali kena tendangan tu..perghh..menangis..~kalau saya la..hoho..~ Dengan 360 turning kick,chopping kick nya..flying kick lagi..wawaaa..kagum!!
 
Memandangkan saya ditugaskan untuk perlawanan tadika dan sekolah rendah, jadi saya punya tak banyak masa untuk melihat perlawanan peserta sekolah menengah..hanya boleh mencelah apabila perlawanan yang ditugaskan tamat..saya punya 'adore' cara mereka berlawan sampaikan berangan jugak kot tetiba satu hari nanti boleh sparring macam diorang..haha..tp please note..BERANGAN saje tanpa USAHA takde gunanya ok..ok ok..faham.. ('.')"
 
 
Antara peserta yang terlibat..comey2 je semua..
 
Peringkat tadika dan sekolah rendah pulak, ada part kelakar dan ada part yang menyentuh jiwa raga..hehe..
 
Boleh bayang tak macam mana si kecik berlawan..?
Sepak sepak dan sepak..tumbuk tumbuk dan tumbuk..tapi tak kena pada target..:) comel je..last-last penat macam tu je..mengah..
 
Ada pulak yang pada mulanya bersemangat..tapi bila asyik kena 'kick' je, menangis dan tak nak lawan dah..sakit ok bila banyak kali kena.. ibubapa pulak ada dua keadaan bila anak dia berkelakuan macam ni..
 
'Adik..lawan lawan..sikit lagi..adik boleh..!!' tetap bg semangat..
 
Atau..
 
'Ok, dah dah..kesian adik sakit..' request untuk stop the game..
 
Hehe..mana satu pilihan anda bergantung pada keadaan si anak..kalau dah teruk sangat kena, juri sendiri akan stop kan terlebih dahulu kecuali kalau si anak tu nak jugak berlawan..tak putus asa..
 
Tapi tak semua ok..ada juga yang memang hebat sparring walaupun kecik..kaki tak sampai tak pe, boleh guna macam-macam kick ~yang saya pun tak reti nak buat..hehe~ lagi pulak, laju dan pantas tendangannya..semangat pun kuat..ku kagum dari jauh..hehe..kecik-kecik cili api gitu..^^
 
Apapun, perlawanan berlansung dengan jayanya dan saya juga beruntung kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman baru.

Chaiyok Myself!!!
 
 
  
IF U HAVE DISCIPLINE,DRIVE & DETERMINATION..
NOTHING IS IMPOSSIBLE..


Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713

Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain

 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

No comments:

Post a Comment