Tuesday, February 3, 2015

~Terbang ke Saigon,Vietnam (Day 1)~

Fuhhh..baru beberapa hari balik dari Ho Chi Minh City (HCM), tak sabar-sabar nak update blog..hehe..duk teringat-ingat je lagi hari-hari kat sana..aihh aihh..nanti IZ cite satu-satu keh..~tapi terlambat jugak update~

Sebenarnya, IZ dah lama nak 'bersiar shopping' di HCM ni..kebetulan September tahun lepas, member bagitau tentang percutiannya ke HCM pada Januari nanti, katanya tiket murah berbanding biasa..so apalagi..cepat-cepat cari date & waktu yang sama..Alhamdulillah masih berkesempatan..

Pada awalnya hanya kami berempat..tup-tup jadi berbelas..hehe.. walaupun IZ tak mengenali mereka secara personal tapi bila ramai yang turut serta, maka perjalanan kami terasa semakin selamat & jimat ~aktiviti kami berasingan cuma ke Sungai Mekong saje satu kumpulan ~

IZ hanya menghabiskan masa 4 hari 3 malam di HCM..bertolak pada hari Selasa dan pulang pada hari Jumaat..memandangkan kat Pantai Timur ni Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu,so IZ hanya perlu cuti 3 hari saja..^^ cuma yang penatnya kami terpaksa bermalam di KLIA2 dulu sebelum bertolak ke HCM keesokannya..
 
19 Jan 2015
 
Bergegas pulang dari tempat kerja di Paka menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu..semput mengejar boarding time yang dijadualkan  ke KL pada 8.40pm..hehe.. Harus ber'lipas kudung' hokkey untuk mandi, makan dan bersiap..~makannya tak sempat jugak..~
 
Di KLIA2, selepas perut terisi dan jam mula menjengah ke angka 'am', kami mula mencari port menarik untuk tidur dan plug untuk charge handphone..huhu..Mulanya kami tidur di tempat berkarpet dan berplug..baru je terlelap seminit dua, kami di kejutkan dengan kehadiran guard yang meminta kami untuk tidur di tingkat atas..ok fine..
 
So bergerak ke tingkat atas pulak..mak aihhh..ramainya lembaga-lembaga berselimut di ruang tengah..hehe..kelakar pulak..tapi apakan daya, badan letih dan perlukan rehat sebelum fly ke Saigon esok pagi..mau tak mau kena tidur jugak walau tidur-tidur ayam saje..

Tolong!!...lembaga!!
Huhu..sakit belakang tidur cover cun macam ni..
 
20 Jan 2015

Dengan hanya berbekalkan satu backpack Deuter yang diisi 2 lagi beg kosong didalamnya..kami diterbangkan ke Saigon lebih kurang 9.10am. Perjalanan hanya memakan masa selama 1 jam 55 minit sahaja. Sekejap je kan? =p
 

Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Naht..ghenyehhh bukan main..
 
Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat yang besar dan luas ini, kami seterusnya menaiki bas ~ kalau tak silap no 152~ ke Hotel Diamond Blue yang terletak di Saigon, berdekatan dengan Pasar Bent Thant. Kami bernasib baik kerana 2 orang di antara group kami pernah ke sini.. So proses pembayaran tiket bas berlaku dengan jayanya walaupun ada sedikit salah faham dari segi harga..hehe..klu anda pertama kali datang ke sini, seeloknya naik Vinasun Taxi saje..taxi airport yang boleh dipercayai dan bermeter..cuma harga semestinya sedikit mahal..
 
 
Ini dia tiket bas..satu untuk beg dan satu lagi untuk tuan beg..huhu..
 
Oks, tiket bas tadi berharga 5,000 dong untuk seorang dan jika anda membawa beg, ia juga dikenakan tiket hokkey..jadi IZ dikenakan 10,000 dong..erm..lebih kurang RM1.50 gitu.. menaiki bas dengan beg yang besar tidak begitu menyenangkan tapi inilah pengalaman sebagai tourist..ekeke..
 
Kami berhenti berdekatan Pasar Bent Thant dan perlu melintas jalan yang sibuk untuk ke hotel..
 
Comeyyy tak gaya pakaian penunggang2 ni?
Hehe..sangat sopan..dari muka sampai ke kaki tutup tau..

 
Ya Allah..anda pasti terkejut melihat kesibukan jalan di sini dengan bunyi hon yang sentiasa bersahutan tanpa henti..ggrrr..stress je dengar..hehe.. sememangnya pemanduan mereka seperti tiada lampu isyarat, seolah-olah motosikal-motosikal itu bergerak sesuka hati kiri dan kanan..tapi yang ajaibnya, tiada kemalangan pun berlaku dengan keadaan jalan sesibuk itu..hebat..:)
 
Ingatan untuk anda, sekiranya anda ingin melintas jalan..silalah jalan terus dan jangan teragak-agak untuk melintas ye..jangan pulak dah melintas,pastu patah balik..kang kena marah dengan diorang percuma je..haha..~thru experience =D~
 
Akhirnya..sampai jugak kitaorang ke Hotel Blue Diamond yang dah dibooking siap-siap..cantik dan selesa hotelnya..maka bermulalah aktiviti masing-masing di Saigon, Vietnam..
 
*********************************************************************************************************************************
 
Selepas berehat sekejap di hotel, kami mula meneroka kawasan berdekatan Pasar Bent Thant..jeng..jeng..jeng..
 
Still benda yang menakutkan adalah melintas jalan..hehe..masih terfikir, macam mana diorang boleh hidup dengan kesibukan jalan macam ni dengan bunyi hon yang tanpa henti..sampaikan kita sendiri tak pasti motosikal yang mana satu yang berbunyi..adoi..kalau Malaysian ni rasanya dah stress sebab definisi hon di Malaysia dan kat sini adalah berbeza..Hon di sini adalah dibenarkan, malah digunakan untuk memberikan peringatan secara FRIENDLY..hehe..
 
Menyusuri bangunan-bangunan di situ, kelihatan beg-beg Deuter bergantungan..melambai-lambai..ada pouch bag, ada backpack.. ada juga luggage bag 360 degree..macam-macam harga dan pattern..
 
Argghh..dugaan pertama..jalan terus lagi..
 
Antara jenis telekung dan sulamannya..kalau di Malaysia dah berpuluh ringgit harganya
 
Ada nampak kain telekung bermacam jenis..warna dan jahitan..murah-murah tapi kita 'hold' dulu..petang ni kita survey harga dulu ok..
 
Baju kurung & jubbah siap yang murah-murah harganya..tapi dari segi jahitan mungkin kurang kekemasan sikit..
 
Perut sudah berbunyi tapi masih lagi nak singgah dari satu kedai ke satu kedai..hehe..yang tak boleh tahan bila tengok kain pasang...huhuuu..menangesss tengok harga..murahh makkk.. aihh..memang banyak kedai kain sekitar sini cuma bergantung pada anda untuk membuat tawaran harga..kalau ikutkan, memang dah murah sangat dah..tapi percayalah..anda mampu dapat harga yang laagiiiii murah..hehe..~psiko betul..~
 
Ini alamat kedai kain Ramlah tu..korang boleh pi tengok ye..tapi seeloknya survey dulu..
 
Akhirnya IZ terbeli jugak baju kurung siap di kedai Ramlah..sepatutnya survey dulu tapi nak buat macam mana kalau dah namanya perempuan..erk..nasib baik bawak backpack, beli je terus masuk beg..hehe..
 
Lepas puas meronda dan perut semakin lapar..akhirnya kami singgah di Restoran Hjh. Basiroh..agak glamour jugak restoran ni dekat blog-blog..so meh kita terjah dan lihat apa makanan yang terpilih..:)

Masakan muslim di Restoran Hjh Basiroh
 
IZ order Pho Mee Soup..sedap sup nya tapi mee nya tak habis..banyak wehh..hehe..ia boleh dimakan dengan daun selasih dan cabai..daunnya ni 1st time IZ makan,erm..erm..tak makan pun ok..erk..
 
Harga??? boleh tahan mahalnya..dalam berbelas-belas ringgit jugak la..barang murah, makanan pulak yang mahal.. T_T..
 
Kebetulan pada ketika kami hampir selesai menjamu selera, datang sepasang suami isteri  ~rasanya~ ke kedai ni untuk membeli coffee serbuk..katanya takut nak beli kat luar sana, takut tak ori..so better beli sendiri kat restoran..kami pada masa tu tak terlintas pun nak try coffee, apatah lagi IZ yang kurang minat dengan rasanya..tapi disebabkan duk dengar waiter tu duk explain/promote menyebabkan kami pun tertarik nak mencuba..
Bertahun tunggu air kopi penuh..hehe..ini sebagai contoh untuk promote saje k..kalau korang nak minum,dia akan bagi coffee yg dah siap..tak perlu tunggu-tunggu macam ni =p
Comey je dia punya penapis tapi punya la lama nak tunggu siap satu cawan tu..dan korang tau tak coffee nye sangat sedap..selama beberapa hari IZ kt sini, setiap hari minum coffee..tak jemu-jemu..duk ngah menaip ni pun duk teringat ke coffee Vietnam..


Akhirnya kami beli la sorang satu coffee serbuk ni..aishh..
 
Hari dah menghampiri senja, padahal baru pukul 6 petang..opps, untuk makluman, kat sini awal sejam tau..kalau kat sini baru pukul 6pm bermakna di Malaysia dah pukul 7pm..walaupun hari dah senja, aktiviti penduduk di sini masih rancak..kami masih lagi terus meronda-ronda..dan tempat seterusnya ke dataran lapang di mana adik-adik dengan beruniform sekolah menghabiskan masa..

Siap dengan baju sekolah lagi.. Kat sini tempat adik-adik ni berkumpul dengan pelbagai aktiviti masing-masing..tu masa main ala-ala sepak takraw..

Masa bukan dihabiskan begitu sahaja..ada aktiviti berfaedahnya..ada setengahnya bermain bola..ada 2 kumpulan berlatih taekwondo ~mungkin la kot kalau tengok gaya nya~..ada juga yang hanya memerhati..tapi mereka begitu seronok dengan aktiviti masing-masing..kami pulak menyibuk duk bergambar..tak kisahla dik..hehe..

IZ panggil ni dataran..heehe..ntah apa nama nya yang sebenar..tapi dibelakang ada ditulis Gop Xanh Moi Truong
 
Ohh terlupa satu kisah..semasa kami ingin melintas untuk ke dataran..jalan begitu sibuk..lama jugak duk menunggu di tepi jalan..ditakdirkan adalah seorang pakcik tua berbaju putih menolong kami melintas..dalam hati, Alhamdulillah ada jugak orang nak tolong..sesampainya di seberang, ditariknya tangan IZ untuk menaiki becanya..huhu..rupanya ada udang di sebalik mee..korang ingat tau, jangan sesekali naik beca kat sini..kalau tak,siapla korang kena pau duit..dipusingnya jalan ntah kemana-mana dan akan meminta duit tambang yang super mahal..kami bernasib baik sebab kebetulan tadi ada akak di Restoran Hjh Basiroh yang ingatkan.
 
Setelah kepenatan, then pulanglah kami ke hotel dengan beg yang penuh terisi..dari landing tadi tak dan2 nak shopping..huhu..
 
Balik Blue Diamond Hotel, kami berehat sekejap sebelum keluar balik selepas Isyak..pada awalnya nak terus rehat saja tapi mengenangkan malam nanti ada Pasar Malam Bent Thant..tu yang tak jadi nak terperap kat bilik..hehe..Di Pasar Malam, kami sekali lagi mencuba kopi Vietnam..satu berharga 30,000 dong...ni dari penjual bermotor ye yang memang banyak kat sini..so korang boleh pilih yang mana berkenan..:)

Kat sini pemandangan macam pasar malam kita jugak cuma yang bezanya mereka akan cuba menarik minat kita untuk masuk ke kedai mereka..hurmm..nanti IZ share next entry tentang pasar malam ni k..~Dah penat menaip.. (o_0)..~

Akhirnya malam pertama kami di Saigon penuh dengan keterujaan dan kepenatan..tidur dengan lena sebelum ke aktiviti yang lebih mencabar & kelakar keesokan harinya..

Aktiviti apa???
Ekeke..tungguuu...