Tuesday, February 3, 2015

~Terbang ke Saigon,Vietnam (Day 1)~

Fuhhh..baru beberapa hari balik dari Ho Chi Minh City (HCM), tak sabar-sabar nak update blog..hehe..duk teringat-ingat je lagi hari-hari kat sana..aihh aihh..nanti IZ cite satu-satu keh..~tapi terlambat jugak update~

Sebenarnya, IZ dah lama nak 'bersiar shopping' di HCM ni..kebetulan September tahun lepas, member bagitau tentang percutiannya ke HCM pada Januari nanti, katanya tiket murah berbanding biasa..so apalagi..cepat-cepat cari date & waktu yang sama..Alhamdulillah masih berkesempatan..

Pada awalnya hanya kami berempat..tup-tup jadi berbelas..hehe.. walaupun IZ tak mengenali mereka secara personal tapi bila ramai yang turut serta, maka perjalanan kami terasa semakin selamat & jimat ~aktiviti kami berasingan cuma ke Sungai Mekong saje satu kumpulan ~

IZ hanya menghabiskan masa 4 hari 3 malam di HCM..bertolak pada hari Selasa dan pulang pada hari Jumaat..memandangkan kat Pantai Timur ni Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu,so IZ hanya perlu cuti 3 hari saja..^^ cuma yang penatnya kami terpaksa bermalam di KLIA2 dulu sebelum bertolak ke HCM keesokannya..
 
19 Jan 2015
 
Bergegas pulang dari tempat kerja di Paka menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu..semput mengejar boarding time yang dijadualkan  ke KL pada 8.40pm..hehe.. Harus ber'lipas kudung' hokkey untuk mandi, makan dan bersiap..~makannya tak sempat jugak..~
 
Di KLIA2, selepas perut terisi dan jam mula menjengah ke angka 'am', kami mula mencari port menarik untuk tidur dan plug untuk charge handphone..huhu..Mulanya kami tidur di tempat berkarpet dan berplug..baru je terlelap seminit dua, kami di kejutkan dengan kehadiran guard yang meminta kami untuk tidur di tingkat atas..ok fine..
 
So bergerak ke tingkat atas pulak..mak aihhh..ramainya lembaga-lembaga berselimut di ruang tengah..hehe..kelakar pulak..tapi apakan daya, badan letih dan perlukan rehat sebelum fly ke Saigon esok pagi..mau tak mau kena tidur jugak walau tidur-tidur ayam saje..

Tolong!!...lembaga!!
Huhu..sakit belakang tidur cover cun macam ni..
 
20 Jan 2015

Dengan hanya berbekalkan satu backpack Deuter yang diisi 2 lagi beg kosong didalamnya..kami diterbangkan ke Saigon lebih kurang 9.10am. Perjalanan hanya memakan masa selama 1 jam 55 minit sahaja. Sekejap je kan? =p
 

Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Naht..ghenyehhh bukan main..
 
Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat yang besar dan luas ini, kami seterusnya menaiki bas ~ kalau tak silap no 152~ ke Hotel Diamond Blue yang terletak di Saigon, berdekatan dengan Pasar Bent Thant. Kami bernasib baik kerana 2 orang di antara group kami pernah ke sini.. So proses pembayaran tiket bas berlaku dengan jayanya walaupun ada sedikit salah faham dari segi harga..hehe..klu anda pertama kali datang ke sini, seeloknya naik Vinasun Taxi saje..taxi airport yang boleh dipercayai dan bermeter..cuma harga semestinya sedikit mahal..
 
 
Ini dia tiket bas..satu untuk beg dan satu lagi untuk tuan beg..huhu..
 
Oks, tiket bas tadi berharga 5,000 dong untuk seorang dan jika anda membawa beg, ia juga dikenakan tiket hokkey..jadi IZ dikenakan 10,000 dong..erm..lebih kurang RM1.50 gitu.. menaiki bas dengan beg yang besar tidak begitu menyenangkan tapi inilah pengalaman sebagai tourist..ekeke..
 
Kami berhenti berdekatan Pasar Bent Thant dan perlu melintas jalan yang sibuk untuk ke hotel..
 
Comeyyy tak gaya pakaian penunggang2 ni?
Hehe..sangat sopan..dari muka sampai ke kaki tutup tau..

 
Ya Allah..anda pasti terkejut melihat kesibukan jalan di sini dengan bunyi hon yang sentiasa bersahutan tanpa henti..ggrrr..stress je dengar..hehe.. sememangnya pemanduan mereka seperti tiada lampu isyarat, seolah-olah motosikal-motosikal itu bergerak sesuka hati kiri dan kanan..tapi yang ajaibnya, tiada kemalangan pun berlaku dengan keadaan jalan sesibuk itu..hebat..:)
 
Ingatan untuk anda, sekiranya anda ingin melintas jalan..silalah jalan terus dan jangan teragak-agak untuk melintas ye..jangan pulak dah melintas,pastu patah balik..kang kena marah dengan diorang percuma je..haha..~thru experience =D~
 
Akhirnya..sampai jugak kitaorang ke Hotel Blue Diamond yang dah dibooking siap-siap..cantik dan selesa hotelnya..maka bermulalah aktiviti masing-masing di Saigon, Vietnam..
 
*********************************************************************************************************************************
 
Selepas berehat sekejap di hotel, kami mula meneroka kawasan berdekatan Pasar Bent Thant..jeng..jeng..jeng..
 
Still benda yang menakutkan adalah melintas jalan..hehe..masih terfikir, macam mana diorang boleh hidup dengan kesibukan jalan macam ni dengan bunyi hon yang tanpa henti..sampaikan kita sendiri tak pasti motosikal yang mana satu yang berbunyi..adoi..kalau Malaysian ni rasanya dah stress sebab definisi hon di Malaysia dan kat sini adalah berbeza..Hon di sini adalah dibenarkan, malah digunakan untuk memberikan peringatan secara FRIENDLY..hehe..
 
Menyusuri bangunan-bangunan di situ, kelihatan beg-beg Deuter bergantungan..melambai-lambai..ada pouch bag, ada backpack.. ada juga luggage bag 360 degree..macam-macam harga dan pattern..
 
Argghh..dugaan pertama..jalan terus lagi..
 
Antara jenis telekung dan sulamannya..kalau di Malaysia dah berpuluh ringgit harganya
 
Ada nampak kain telekung bermacam jenis..warna dan jahitan..murah-murah tapi kita 'hold' dulu..petang ni kita survey harga dulu ok..
 
Baju kurung & jubbah siap yang murah-murah harganya..tapi dari segi jahitan mungkin kurang kekemasan sikit..
 
Perut sudah berbunyi tapi masih lagi nak singgah dari satu kedai ke satu kedai..hehe..yang tak boleh tahan bila tengok kain pasang...huhuuu..menangesss tengok harga..murahh makkk.. aihh..memang banyak kedai kain sekitar sini cuma bergantung pada anda untuk membuat tawaran harga..kalau ikutkan, memang dah murah sangat dah..tapi percayalah..anda mampu dapat harga yang laagiiiii murah..hehe..~psiko betul..~
 
Ini alamat kedai kain Ramlah tu..korang boleh pi tengok ye..tapi seeloknya survey dulu..
 
Akhirnya IZ terbeli jugak baju kurung siap di kedai Ramlah..sepatutnya survey dulu tapi nak buat macam mana kalau dah namanya perempuan..erk..nasib baik bawak backpack, beli je terus masuk beg..hehe..
 
Lepas puas meronda dan perut semakin lapar..akhirnya kami singgah di Restoran Hjh. Basiroh..agak glamour jugak restoran ni dekat blog-blog..so meh kita terjah dan lihat apa makanan yang terpilih..:)

Masakan muslim di Restoran Hjh Basiroh
 
IZ order Pho Mee Soup..sedap sup nya tapi mee nya tak habis..banyak wehh..hehe..ia boleh dimakan dengan daun selasih dan cabai..daunnya ni 1st time IZ makan,erm..erm..tak makan pun ok..erk..
 
Harga??? boleh tahan mahalnya..dalam berbelas-belas ringgit jugak la..barang murah, makanan pulak yang mahal.. T_T..
 
Kebetulan pada ketika kami hampir selesai menjamu selera, datang sepasang suami isteri  ~rasanya~ ke kedai ni untuk membeli coffee serbuk..katanya takut nak beli kat luar sana, takut tak ori..so better beli sendiri kat restoran..kami pada masa tu tak terlintas pun nak try coffee, apatah lagi IZ yang kurang minat dengan rasanya..tapi disebabkan duk dengar waiter tu duk explain/promote menyebabkan kami pun tertarik nak mencuba..
Bertahun tunggu air kopi penuh..hehe..ini sebagai contoh untuk promote saje k..kalau korang nak minum,dia akan bagi coffee yg dah siap..tak perlu tunggu-tunggu macam ni =p
Comey je dia punya penapis tapi punya la lama nak tunggu siap satu cawan tu..dan korang tau tak coffee nye sangat sedap..selama beberapa hari IZ kt sini, setiap hari minum coffee..tak jemu-jemu..duk ngah menaip ni pun duk teringat ke coffee Vietnam..


Akhirnya kami beli la sorang satu coffee serbuk ni..aishh..
 
Hari dah menghampiri senja, padahal baru pukul 6 petang..opps, untuk makluman, kat sini awal sejam tau..kalau kat sini baru pukul 6pm bermakna di Malaysia dah pukul 7pm..walaupun hari dah senja, aktiviti penduduk di sini masih rancak..kami masih lagi terus meronda-ronda..dan tempat seterusnya ke dataran lapang di mana adik-adik dengan beruniform sekolah menghabiskan masa..

Siap dengan baju sekolah lagi.. Kat sini tempat adik-adik ni berkumpul dengan pelbagai aktiviti masing-masing..tu masa main ala-ala sepak takraw..

Masa bukan dihabiskan begitu sahaja..ada aktiviti berfaedahnya..ada setengahnya bermain bola..ada 2 kumpulan berlatih taekwondo ~mungkin la kot kalau tengok gaya nya~..ada juga yang hanya memerhati..tapi mereka begitu seronok dengan aktiviti masing-masing..kami pulak menyibuk duk bergambar..tak kisahla dik..hehe..

IZ panggil ni dataran..heehe..ntah apa nama nya yang sebenar..tapi dibelakang ada ditulis Gop Xanh Moi Truong
 
Ohh terlupa satu kisah..semasa kami ingin melintas untuk ke dataran..jalan begitu sibuk..lama jugak duk menunggu di tepi jalan..ditakdirkan adalah seorang pakcik tua berbaju putih menolong kami melintas..dalam hati, Alhamdulillah ada jugak orang nak tolong..sesampainya di seberang, ditariknya tangan IZ untuk menaiki becanya..huhu..rupanya ada udang di sebalik mee..korang ingat tau, jangan sesekali naik beca kat sini..kalau tak,siapla korang kena pau duit..dipusingnya jalan ntah kemana-mana dan akan meminta duit tambang yang super mahal..kami bernasib baik sebab kebetulan tadi ada akak di Restoran Hjh Basiroh yang ingatkan.
 
Setelah kepenatan, then pulanglah kami ke hotel dengan beg yang penuh terisi..dari landing tadi tak dan2 nak shopping..huhu..
 
Balik Blue Diamond Hotel, kami berehat sekejap sebelum keluar balik selepas Isyak..pada awalnya nak terus rehat saja tapi mengenangkan malam nanti ada Pasar Malam Bent Thant..tu yang tak jadi nak terperap kat bilik..hehe..Di Pasar Malam, kami sekali lagi mencuba kopi Vietnam..satu berharga 30,000 dong...ni dari penjual bermotor ye yang memang banyak kat sini..so korang boleh pilih yang mana berkenan..:)

Kat sini pemandangan macam pasar malam kita jugak cuma yang bezanya mereka akan cuba menarik minat kita untuk masuk ke kedai mereka..hurmm..nanti IZ share next entry tentang pasar malam ni k..~Dah penat menaip.. (o_0)..~

Akhirnya malam pertama kami di Saigon penuh dengan keterujaan dan kepenatan..tidur dengan lena sebelum ke aktiviti yang lebih mencabar & kelakar keesokan harinya..

Aktiviti apa???
Ekeke..tungguuu...
 
 

Saturday, December 20, 2014

~Harga Jimat Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder


YEAR END SALESSS !!

Selamat malam semua.. :)
Tahukah anda terdapat PROMOSI 3 supplemen hebat pada bulan ini?

TIGA..!! Bukan SATU tau.....

 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan supplemen ini :

* Pada harga JIMAT tanpa GST.
* Pada harga PROMO DEC.
* Untuk penggunaan beberapa bulan.
* Untuk kesihatan berpanjangan.
* Untuk kecantikan kulit.
* Untuk kebahagiaan suami isteri.
 

 Dan banyak lagi kebaikannya..^^

Harga 2015 akan berbeza sekiranya GST dilaksanakan..
Jadi, mengapa bayar lebih?
Melaburlah SEKARANG untuk kesihatan optimum yang berpanjangan.

****************************************
Nak dapatkan harga yang lebih jimat? Senang saje..:)

 SMS 'PROMO VIT' ke 014-8157713 untuk SUPER DUPER PENJIMATAN..

SMS 'PROMO VIT' ke 014-8157713 untuk SUPER DUPER PENJIMATAN..

SMS 'PROMO VIT' ke 014-8157713 untuk SUPER DUPER PENJIMATAN..

 Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma

 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 

Saturday, December 6, 2014

~Berseni nya Chinatown itu..


Assalamualaikum readers yang dikasihi..
 
Apa khabar semua?
Harap kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan apa jua pekerjaan yang dilakukan semoga dipermudahkan oleh Allah. Amin..
 
Sempena cuti sekolah ni, pastinya ramai di antara anda sedang berkira-kira untuk ke sana sini kan.hehe..bagi kami yang bujang ni ~buat masa ini =p~ nak ke sana sini tak memerlukan perancangan yang rapi sangat..takde anak-anak untuk difikirkan samada sesuai ke tidak tempat yang ingin dituju..hanya fikirkan diri sendiri dan budget pun untuk diri sendiri saje..hukhuk..
 
Bila sebut tentang jalan-jalan ni..teringat pulak tentang Chinatown aka Kampung Cina yang terletak di Kuala Terengganu (KT)..hehe..ala, dekat saje dengan tempat IZ sebenarnya..Untuk pengetahuan korang yang merancang untuk ke sini, tempatnya hanya berdekatan dengan Pasar Payang. Jalan kaki pun boleh.
 

 
IZ pun baru tau ada tempat yang sekreatif itu di KT. Sekiranya anda suka bergambar dan suka mengambil gambar, memang Chinatown merupakan tempat yang wajib anda pergi..Opps, juga amat sesuai bagi mereka yang berjiwa seni dan meyukai lukisan mural..satu hari confirm tak cukup..ekeke.. Jadi, disebabkan IZ mempunyai 3 ciri di atas, maka 'wajib'la IZ pergi meluangkan masa di sana apatah lagi bila tengok gambar-gambar kreatif dari internet..wawaaaa..tak sabar..!!
 
Disebabkan kami juga ingin merakamkan suasana Chinatown pada waktu malam, maka IZ dan rakan telah mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan berdekatan. Nak balik karang takde la jauh kan, masa pun jimat..
 
Lepas Maghrib, kami terus ke Chinatown. Gerak awal-awal nanti boleh balik awal..lagipun bila sampai awal, pengunjung masih belum ramai..korang nak posing ke, nak teliti mural lama-lama ke..takde sape ganggu..=p
 
Welcome to Chinatown..Ni suasana Chinatown dikala hujan renyai-renyai..
Kebetulan masa kami sampai, hujan masih belum reda..Maklumlah bila dah hujung tahun kan.Nasib baik boleh park kereta berdekatan. Excited betul tengok mural-mural dan hasil seni kat dinding..Ya Allah..kreatif dan cantik..apalagi, siap sedia la dengan handphone..siap sedia nak posing..siap sedia jadi photographer jugak..member ni pun memang kaki posing, memang ngamm le..ekeke..
 
Lorong ni ber'langit'kan kain batik dengan pelbagai corak..dindingnya pulak dihiasi dengan gantungan kasut sport sebagai pasu bunga..wahhh..kelasss pasu bunga dia..belah kanan pulak ada pondok kecik siap dengan lip lap lip lap lagi..

Haaaa..tarra...!! cantik tak? Boleh dijadikan idea untuk korang buat kat umah kan..hehe..pasni simpan kasut-kasut lama buat tanam pokok pulak..^^

Di setiap lorong-lorong di antara bangunan-bangunan ini akan terdapat beberapa hasil seni..dan di setiapnya, IZ akan stay lama sikit sebab nak meng'kaji'..~kaji la sangat ye..~ hujan pun hujanlah, selagi boleh redah kita redah k..dan Alhamdulillah tak demam..=)
 
Dan jika terlepas satu lorong, maka sanggup ku patah balik..rugi kott..
 
Okay, disebabkan masa tak mengizinkan ~sebenarnya malas nak taip panjang-panjang..('o')" ~ maka apakata jika kita terus cuci mata dengan melihat gambar-gambar tak bertauliah di bawah..Habis sesi malam, kita pusing pulak sesi siang..
 
Antara bangunan berdesign lama yang masih dijaga di sini..ada yang sudah dicat baru dan ada juga yang masih kekal dengan cat lama..
 
Ini dia direction buat korang..Awak nak ke mana? Awak nak ke mana? The Great Wall of China? The Taj Mahal? atauuu..

Payung warna-warni di waktu malam dan siang..
Kat sini nak amik gambar melompat si katak lompat pun xpe..
 
Mangga Cinta..!!
 Ok, rasanya kat sini paling banyak bergambar sebab cantik penuh dengan kaler-kaler terang mengancam..Ada padlock macam-macam kaler dan size..setiap satunya tertulis nama pasangan dan dikunci 'mati' pada tempat yang disediakan.
   

Kalau duk kat sini, kelakar baca pelbagai ayat-ayat cinta..hehe..ayat minta maaf pun ada..
Nasib la IZ tak bawak marker..kalau tak,siapla vandalisme abis..tapi sempat jugak conteng-conteng even pakai pen ja..apapun ia adalah tempat yang dibenarkan ok..:)
 
 
Tak taule apa kebende yang ditulis kat dinding nih..tak reti baca..hehe..
Telaga kecik kat atas ni pulak adalah tempat 'kunci mangga cinta' tadi dibuang...kononnya, selepas dibuang kunci mangga ke dalam telaga, cinta pasangan ini akan kekal  berpanjangan..ye lah, kunci dah dalam telaga..fuhh..
AMARAN: Ini bukan kepercayaan orang Islam




 
Antara mural yang terdapat di Chinatown..berapa lama agaknye diorang nak siapkan mural ni semua ehh..
Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sesuai untuk diupload sebab ada model tak bertauliah..ekeke..
Jadi, untuk keseronokan yang berganda, sila lah mengunjungi sendiri ke sini ye..Free of Charge!! :)
 
 
Hari tu pun ada beberapa kumpulan fotografi yang duk snap sana sini..cari posisi terbaik agaknya..tapi sorang-sorang punya lense..mak aihh,seramm..hehe..
 
Okla readers sekalian, setakat ni dulu buat masa ini. Nanti lain entry kita sambung pasal supplement pulak k..terima kasih  jugak sudi singgah.. :D
 
*******************************************************************
 

Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma

 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

~Set Vitamin Untuk Kecantikan Kulit dan Kesihatan Tubuh Badan

Assalamualaikum semua,

Saya pasti ramai di luar sana yang sedang mencari vitamin atau supplemen bagi medapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan sahaja wanita malah lelaki juga amat menitikberatkan soal kecantikan kulit.

Jadi tanpa membuang masa, jom kita scroll down apakah yang Shaklee tawarkan untuk anda semua bagi mendapatkan kulit yang cantik dan 'comey'. Jangan lupa bonusnya, Insyaallah anda juga akan mendapat badan yang sihat dan terjaga.

Sebab apa?
Sebab ia menawarkan lebih dari yang anda jangka..=)

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE
 
SET ASAS KULIT SIHAT


Kombinasi vitamin C, Vitamin B Complex dan Vitamin E merupakan kombinasi asas untuk kecantikan kulit dan kesihatan anda.

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS

-Anti Oksidan semulajadi
-Mengekalkan integriti sel
-Menggalakkan gigi, gusi, otot dan salur darah supaya sihat
-Mengurangkan simptom alergi
-Membantu mencantikkan kulit dan rambut yang sihat


VITAMIN B COMPLEX

-Mengurangkan symptom kemurungan dan tekanan
-Meningkatkan fungsi otak
-Menukarkan makanan menjadi tenaga
-Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
-

VITAMIN E

-Menolong melawan penuaan pramatang pada kulit
-Anti oksidan
-Menyokong prestasi otot, dan mempercepatkan pemulihan
-Mengurangkan risiko sakit jantung


SET LENGKAP KULIT SIHAT





Set lengkap pula terdiri daripada kombinasi SET ASAS + Vivix, Collagen Powder dan ESP.Meletopp gitu..:)

VIVIX

-Melindungi dan memperbaiki sel DNA
-Melambatkan proses penuaan
-Meningkatkan jangka hayat selular
-Anti kanser, anti oksidan dan anti flamasi
-Melindungi daripada penyakit jantung

COLLAGEN POWDER

-Memperbaiki tekstur kulit wajah
-Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
-Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
-Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
-Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang

ESP

-Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
-Membekalkan tenaga
-Membantu mereka yang baru pulih dari sakit
 
 
Atau sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Cantik Budget, jangan risau. Saya boleh cadangkan vitamin sesuai dengan kemampuan anda. Hanya kontek saya seperti details di bawah k..:)

 
Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma

 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, December 4, 2014

~Perbezaan SR Vitamin C Shaklee di pasaran

Assalamualaikum,
 
Tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang berkesan dan terbaik, pemilihan sesuatu vitamin atau supplemen itu amatlah penting. Janganlah anda membeli sekadar pada nama 'vitamin' tetapi cubalah teliti dengan lebih terperinci  kandungannya supaya tiada kesan sampingan pada masa hadapan.
 
Bagaimana dengan Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee?
 
Apakah yang membezakannya dengan Vitamin C lain di pasaran?
 
 
 
 
PERBEZAAN SUSTAINED RELEASE (SR) VITAMIN C PLUS SHAKLEE
 
1)BIOFLAVANOID
 
Untuk makluman anda, Vitamin C keluaran Shaklee didatangkan bersama-sama bioflavanoid di mana ia merupakan bahan penting dalam membantu penyerapan vitamin yang lebih baik. Jika vitamin diserap dengan baik ke dalam tubuh badan kita maka tentulah ia juga akan mendatangkan kesan yang lebih baik juga. Tidak semua vitamin C di pasaran mengandungi bioflavanoid tau.
 
Bioflavanoid bertindak bersama vitamin c untuk :

1. Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. Mempunyai kesan antibakteria
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Merangsang pengeluaran hempedu
5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. Merawat dan mencegah katarak
7. Bertindak sebagai antihistamin
8. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. Mengurangkan gejala herpes mulut
 
SIAPA YG PERLUKAN BIOFLAVANOID?

1) Perokok – asap rokok merosak bioflavanoids dan vitamin C dengan cepat. 
Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vitamin c utk melawan kerosakan sel dari asap rokok.
2) Orang tua
3) Penderita asma dan alergi
4) Penderita kencing manis
5) Orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6) Penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7) Orang yang stress – dpt mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepatkan
 
 
2)PELEPASAN VITAMIN C SECARA BERPERINGKAT (SUSTAINED RELEASE)
 
Keistimewaan vitamin yang bersifat Sustained Release:
 
(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
 
(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
 
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.
 
(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
 
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

 
3)KANDUNGAN VITAMIN C
 
SR Vitamin C juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi iaitu 1 tablet SR Vitamin C menyamai 7 biji setengah buah oren.Waaahhh!! Mampukah anda untuk menghabiskan 7 biji buah oren dalam masa sehari? Saya tak mampu..hehe..kecuali jika anda memang penggemar buah oren..=)
 
 
4)SEMULAJADI
 
Haa..ini yang penting. Ia adalah 100% semulajadi tanpa perasa tiruan, pengawet tambahan, pemanis mahupun pewarna tiruan. :) Vitamin C semulajadi biasanya mengandungi dos vitamin C yang rendah seperti 500mg berbanding vitamin C sintetik yang tinggi dosnya seperti 1000mg. Vitamin C sintetik biasanya dihasilkan melalui proses kimia di makmal.
 
5)HALAL
 
Anda jangan risau kerana semua produk keluaran Shaklee yang berada dalam pasaran Malaysia adalah halal. Jadi anda boleh mengambilnya tanpa ragu-ragu.
 
**********************************************************************
 
Okay, sekarang anda nampakkan kelebihan SR Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C lain di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak untuk anda dan seisi keluarga.
 
Dengan hanya RM0.50 sebiji Vitamin C Shaklee, anda memperolehi banyak kebaikan dan khasiatnya. Bukan sahaja kulit cantik dan badan sihat, malah anda akan dapat lebih dari itu. Nak tahu? Cubalah..:)
 
Insyaallah, semua dengan izin Nya.
 
************************************************************************************************
 
Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma

 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease