Saturday, December 6, 2014

~Berseni nya Chinatown itu..


Assalamualaikum readers yang dikasihi..
 
Apa khabar semua?
Harap kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan apa jua pekerjaan yang dilakukan semoga dipermudahkan oleh Allah. Amin..
 
Sempena cuti sekolah ni, pastinya ramai di antara anda sedang berkira-kira untuk ke sana sini kan.hehe..bagi kami yang bujang ni ~buat masa ini =p~ nak ke sana sini tak memerlukan perancangan yang rapi sangat..takde anak-anak untuk difikirkan samada sesuai ke tidak tempat yang ingin dituju..hanya fikirkan diri sendiri dan budget pun untuk diri sendiri saje..hukhuk..
 
Bila sebut tentang jalan-jalan ni..teringat pulak tentang Chinatown aka Kampung Cina yang terletak di Kuala Terengganu (KT)..hehe..ala, dekat saje dengan tempat IZ sebenarnya..Untuk pengetahuan korang yang merancang untuk ke sini, tempatnya hanya berdekatan dengan Pasar Payang. Jalan kaki pun boleh.
 

 
IZ pun baru tau ada tempat yang sekreatif itu di KT. Sekiranya anda suka bergambar dan suka mengambil gambar, memang Chinatown merupakan tempat yang wajib anda pergi..Opps, juga amat sesuai bagi mereka yang berjiwa seni dan meyukai lukisan mural..satu hari confirm tak cukup..ekeke.. Jadi, disebabkan IZ mempunyai 3 ciri di atas, maka 'wajib'la IZ pergi meluangkan masa di sana apatah lagi bila tengok gambar-gambar kreatif dari internet..wawaaaa..tak sabar..!!
 
Disebabkan kami juga ingin merakamkan suasana Chinatown pada waktu malam, maka IZ dan rakan telah mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan berdekatan. Nak balik karang takde la jauh kan, masa pun jimat..
 
Lepas Maghrib, kami terus ke Chinatown. Gerak awal-awal nanti boleh balik awal..lagipun bila sampai awal, pengunjung masih belum ramai..korang nak posing ke, nak teliti mural lama-lama ke..takde sape ganggu..=p
 
Welcome to Chinatown..Ni suasana Chinatown dikala hujan renyai-renyai..
Kebetulan masa kami sampai, hujan masih belum reda..Maklumlah bila dah hujung tahun kan.Nasib baik boleh park kereta berdekatan. Excited betul tengok mural-mural dan hasil seni kat dinding..Ya Allah..kreatif dan cantik..apalagi, siap sedia la dengan handphone..siap sedia nak posing..siap sedia jadi photographer jugak..member ni pun memang kaki posing, memang ngamm le..ekeke..
 
Lorong ni ber'langit'kan kain batik dengan pelbagai corak..dindingnya pulak dihiasi dengan gantungan kasut sport sebagai pasu bunga..wahhh..kelasss pasu bunga dia..belah kanan pulak ada pondok kecik siap dengan lip lap lip lap lagi..

Haaaa..tarra...!! cantik tak? Boleh dijadikan idea untuk korang buat kat umah kan..hehe..pasni simpan kasut-kasut lama buat tanam pokok pulak..^^

Di setiap lorong-lorong di antara bangunan-bangunan ini akan terdapat beberapa hasil seni..dan di setiapnya, IZ akan stay lama sikit sebab nak meng'kaji'..~kaji la sangat ye..~ hujan pun hujanlah, selagi boleh redah kita redah k..dan Alhamdulillah tak demam..=)
 
Dan jika terlepas satu lorong, maka sanggup ku patah balik..rugi kott..
 
Okay, disebabkan masa tak mengizinkan ~sebenarnya malas nak taip panjang-panjang..('o')" ~ maka apakata jika kita terus cuci mata dengan melihat gambar-gambar tak bertauliah di bawah..Habis sesi malam, kita pusing pulak sesi siang..
 
Antara bangunan berdesign lama yang masih dijaga di sini..ada yang sudah dicat baru dan ada juga yang masih kekal dengan cat lama..
 
Ini dia direction buat korang..Awak nak ke mana? Awak nak ke mana? The Great Wall of China? The Taj Mahal? atauuu..

Payung warna-warni di waktu malam dan siang..
Kat sini nak amik gambar melompat si katak lompat pun xpe..
 
Mangga Cinta..!!
 Ok, rasanya kat sini paling banyak bergambar sebab cantik penuh dengan kaler-kaler terang mengancam..Ada padlock macam-macam kaler dan size..setiap satunya tertulis nama pasangan dan dikunci 'mati' pada tempat yang disediakan.
   

Kalau duk kat sini, kelakar baca pelbagai ayat-ayat cinta..hehe..ayat minta maaf pun ada..
Nasib la IZ tak bawak marker..kalau tak,siapla vandalisme abis..tapi sempat jugak conteng-conteng even pakai pen ja..apapun ia adalah tempat yang dibenarkan ok..:)
 
 
Tak taule apa kebende yang ditulis kat dinding nih..tak reti baca..hehe..
Telaga kecik kat atas ni pulak adalah tempat 'kunci mangga cinta' tadi dibuang...kononnya, selepas dibuang kunci mangga ke dalam telaga, cinta pasangan ini akan kekal  berpanjangan..ye lah, kunci dah dalam telaga..fuhh..
AMARAN: Ini bukan kepercayaan orang Islam




 
Antara mural yang terdapat di Chinatown..berapa lama agaknye diorang nak siapkan mural ni semua ehh..
Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sesuai untuk diupload sebab ada model tak bertauliah..ekeke..
Jadi, untuk keseronokan yang berganda, sila lah mengunjungi sendiri ke sini ye..Free of Charge!! :)
 
 
Hari tu pun ada beberapa kumpulan fotografi yang duk snap sana sini..cari posisi terbaik agaknya..tapi sorang-sorang punya lense..mak aihh,seramm..hehe..
 
Okla readers sekalian, setakat ni dulu buat masa ini. Nanti lain entry kita sambung pasal supplement pulak k..terima kasih  jugak sudi singgah.. :D
 
*******************************************************************
 

Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma

 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment