Saturday, November 1, 2014

Jom cuba Kek Coklat ESP simple ..nyummehh..

Assalamualaikum..

Anda peminat Kek Coklat?
Haa..Entry kali ni saya nak berkongsi resipi kek kegemaran saya yang amat iaitu..KEK COKLAT!!

Kalau dah lama tak makan dan rasa 'mengidam' nya datang..memang saya tak tunggu lama..:)
Samada pegi beli yg RM5 sebekas tu atau buat sendiri..tapi hanya boleh buat sendiri bila berada di kampung.hehe..kat rumah sewa, belum ada 'kelengkapan' yang lengkap.. T_T

Hari tu masa balik kampung, atas permintaan adik dan diri sendiri..saya berkesempatan buat 2 biji kek coklat kecik tapi kali ni saya cuba resipi yang sedikit berbeza dengan kebiasaan yang saya buat..

Jeng..jeng..jeng..
Nak tau apa bezanya?

Bezanya adalah campuran ESP Soy Protein Isolate Powder yang memberikan rasa sedikit berbeza dari biasa..dan semestinya sedap dan moist..nyum nyum nyum..:)

Anda boleh ke sini untuk lebih info berkenaan ESP.

PESANAN: Resipi ini amat sesuai untuk mereka yang kurang kerajinan macam saya..hehe..opps..yang kesuntukan masa dan tak suka banyak pinggan..=)

Jom terjah resipi bergambar di bawah..

**********************************************************************************************************************

KEK COKLAT ESP
 
BAHAN-BAHANNYA:
 
Mentega 250 g (saya pakai Farmcows)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1 cawan susu segar 
1 cawan serbuk koko ( Van Houton, MyRasa atau serbuk koko timbang..depends..) 
5 biji telur
3 sudu ESP
Sedikit esen vanilla
 
Hehe..pakai cawan je, kurang rajin pakai timbang-timbang..

Mentega 250 g

 
1 cawan serbuk koko + 1 cawan gula + 2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan susu segar, saya guna Full Cream punya..

Hehe..ni gaya orang nak cepat & 'rajin'..just satukan semua dalam satu pinggan.
 

Jangan lupa 3 sudu ESP ye..nak dicampurkan dengan yang lain macam ni pun boleh atau nak dicampurkan air dulu pun juga boleh..ikut selera masing-masing..
 
 
Bukan kita je nak consume Shaklee..kek pun sama ok..nak consume supplement jugak sama macam tuannya..hehe..tapi ini tak tertakluk kepada ESP sahaja tau..anda juga boleh mencuba campuran Mealshakes atau Performance Drink atau ketiga-tiganya untuk sedikit kelainan..

Kek Coklat + ESP + Mealshakes + Performance Drink =  Rasa Coklat + Soya + Vanilla + Ala-ala Oren..
 
Nyummeh..:)

5 biji telur yang sudah dipecahkan siap-siap

*********************************************************************************************************************
 
CARA MEMBUATNYA SERINGKAS MUNGKIN:
 


Paling mudah caranya:
 
Masukkan mentega, putarkan sehingga sekata.
Kemudian, diikuti pula gula, tepung, serbuk koko, ESP, susu segar dan telur secara bergilir-gilir dan sedikit demi sedikit..bukan sekaligus ye..
 
Contoh: Masukkan sedikit campuran 4 benda tadi (tepung,gula,serbuk koko dan ESP), kemudian putar sehingga sebati. Bila dah sebati, masukkan pula sedikit susu..ulang cara tersebut dan gantikan pula susu dengan telur..begitulah seterusnya secara bergilir-gilir sehingga habis..depends nak masuk yang mana dulu keh..  

Kemudian masukkan sedikit Esen Vanilla untuk hilangkan bau telur..tapi honestly, kadang saya tak letak pun sebab kat rumah takde stok..rasanya,ada atau tiada tidak memberi kesan yang kuat kepada rasa kek..ngeh3..
 

Bila semuanya dah sebati, boleh masukkan adunan dalam tray yang dah disapukan dengan mentega di sekelilingnya. Ia bertujuan supaya kek tak melekat di tray apabila sudah masak nanti..karang senang nak terbalikkan juga untuk dihias..:)
 
Erm..Macam mana nak tahu kek dah masak ke belum?
Ok, cuba ambil garfu dan cucuk sedikit di tengah-tengah kek.
Jika ada adunan yang belum masak melekat di garfu, itu menandakan kek belum masak sepenuhnya.
Hehe..kat gambar pun ada  2 tanda dicucuk garfu..tanda pembuatnya belum expert..=p



 
Untuk topping pula, saya hanya menggunakan coklat masakan yang dimasak bersama susu segar..sebanyak mana anggarannya bergantung kepada sebanyak mana anda ingin ia pekat. Tapi hati-hati..jangan terlebih pulak.Karang tak pasal terlebih manis..


Tarrraaa !!
 Kek Coklat ESP sedia untuk di makan..
Lebih sedap dan moist..
Jom ngapp sepotong..ehh cukup ke..
 
Selamat mencuba..:)

p/s: Kek Coklat memang sedap tapi haruslah berpada-pada memakannya ;)


Berminat dengan mana-mana produk Shaklee?
Hubungi saya seperti tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 
 
 

 

 
 
 


No comments:

Post a Comment