Monday, August 11, 2014

~Shaklee dan boikot??

Assalamualaikum semua,

Hangat sungguh Shaklee sekarang yang dikatakan turut tersenarai dalam menyalurkan sumbangan kepada zionis..buat anda semua, jom kita boikot dengan ilmu ok..

Di bawah, saya kongsi satu entri dari  Master Zahirah,berkenaan boikot Shaklee..mai pakat baca semua :)

*************************************************************************************************

Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.  Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza tanpa henti. 
Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas lagi benar. 

 Antara petikan sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan MCD: 

 Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

 Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin. Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu meletak hukum atas sesuatu perkara, kita mesti baca dari atas ke bawah satu persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan. Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit info daripada petikan blog ustaz. 

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.
Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.
Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lain
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)  
Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.
Tiada Khalifah Islam
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.
Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.
Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-
جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih  )
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.

contoh
 
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.
Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
___________________________________
Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya, tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini. 
Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup
   >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.


Sijil Halal Shaklee 2014


Sijil Halal Shaklee 2014

 
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
 >>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.
 
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus. 
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
>>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel

Shaklee menafikan keterlibatannya dengan Israel
Penyataan dari Syarikat #1
Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
Penyataan dari Syarikat #2


 
Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel

Penyataan dari Syarikat #3
Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? Atau TIADA KAITAN antara keduanya?


Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post di Facebook beliau mempersoalkan

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
Status Ustaz Zaharudin #1
Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak. 

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot

Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.
 
Dan ini yang ustaz reply balik. 

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Reply dari Ustaz Zaharudin


Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan dan kontroversi.
Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Status Ustaz Zaharudin #2


Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar. Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.
Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
Status ustaz zaharudin #3
Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling tepat"
 
bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..
 
Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam postnya pada 2007 seperti yang saya kongsikan di atas. Dan inilah sandaran kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin. 
Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah demi langkah bersama Shaklee Corporation. 

Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik utama kita sebagai seorang muslim terutamanya. 

Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi dalam  berbincang sesuatu perkara. 

Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah, tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa antara sesiapa sahaja. 

Terima kasih

Master ira&hafizan
0139422527
 
************************************************************************************************************************
 
Fuhhhh..panjang..tapi sangat berinfo :)
Harap kawan-kawan mendapat sedikit maklumat berkenaan isu boikot ini..boikot boikot jugak tapi boikot la dengan ilmu..bukannya berdasarkan emosi semata-mata..
 
Sekian..:)
 
Ila Zain,
014-815 7713
 

Sunday, July 6, 2014

~(Testimoni) Alfalfa untuk kebahagiaan rumahtangga

Alfalfa oh Alfalfa..:)

Hari ni nak bercerita tentang Alfalfa yg sememangnya menjadi 'hot product' untuk wanita terutamanya bagi isteri-isteri..

Jeng..jeng..jeng..
Tau tak sebab apa??
Haa..Sebab Alfalfa ini mempunyai terlaaaaluu banyak kebaikannya yg semulajadi..

Dia lah vitamin cinta..
Dia lah 'perapat' buat isteri..
Dia lah yg membantu dapatkan berat badan ideal ibu selepas melahirkan..
Dia lah yg membantu masalah keputihan..
Dia lah yg membantu memperbanyakkan susu ibu..
Dia lah yg membantu mengurangkan simptom menopause..
Dia lah jugak yg membantu mengurangkan kesakitan ketika period..
Dan dia lah jugak yg membantu menegangkan breast..


Malah untuk anda yang berhajat..

Nak turunkan berat badan??
Nak buang toksin??
Nak banyakkan susu bg ibu menyusu (milk booster)??
Nak kawal kolestrol dalam darah??
Nak kurangkan risiko sakit jantung dan strok??

Pun bolehh mencuba Alfalfa..

Atau anda yang bermasalah seperti di bawah??

Masalah alahan seperti resdung, alegik dan ekzema??
Masalah keputihan??
Kencing Manis??
Masalah penghadaman & pencernaan??
Masalah pundi kencing??
Sembelit??
Banyak angin dalam badan??
Masalah pernafasan seperti asma??
Kencing kotor??
Arthritis??
Ulser?? Gout??
Kaki  & badan berbau??
Edema?? Lesu dan tidak bertenaga??


Seriously, saya cadangkan kepada anda untuk mencuba Alfalfa..Tapi ingat, semua ini dengan keizinan Allah..asalkan ada usaha,InsyaAllah ada hasilnya..:)

Tak cuba..mana nak tahu hasilnya kan..bila dah cuba..insyaAllah anda akan repeat order sebelum stok di tangan anda licin..:)

Testimoni:

Teringat pulak dengan sorang member yg juga pengguna setia Alfalfa..Dia consume untuk kebahagiaan rumahtangga semestinya..ternyata ada perbezaan sebelum dan selepas mengamalkan Alfalfa..:) lagi menggembirakannya, suami dia pun turut perasan akan perubahan tersebut..

Jadi, untuk anda yg menghadapi masalah kehambaran rumahtangga, apakata anda mencuba Alfalfa yg juga bertindak sebagai Vitamin Cinta ini..Sekiranya anda ingin mendapatkan full Vitamin Cinta, anda boleh terus ke link ini untuk order dan vitamin ini akan sampai ke tangan anda..senang bukan?? Atau anda juga boleh hubungi saya terus untuk order dan pertanyaan..

:)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e022c20ad33354cbec77cc9709996dd1

Selamat mencuba..

Saturday, June 21, 2014

~Bahagia..oh bahagia..

Salam dan apa khabar semua..:)
Pada hujung minggu yg lepas iaitu pada 14 Jun 2014, saya bekesempatan ke Program Transformasi Diri bersama Prof Muhaya, secara langsung di Balai Islam,Lundang, Kota Bharu. Program ini bersempena Karnival Hijrah anjuran TV AlHijrah,radio IKIM,YADIM dan juga kerajaan negeri..

Alhamdulillah, walaupun tidak mengetahui tentang program Prof ni tetapi masih diberi kesempatan untuk turut serta even dah separuh jalan..even duk belakanggg sekali.. Kalau ikutkan tujuan asalnya hendak ke pameran buku sahaja..dah sampai sana, baru tahu rupanya Prof sedang live didalam dewan. Rugi pulak tak datang awal-awal..huhu..
Tapi tak apa, better late than never kan? Hehe..Jadi hari ni,saya nak share apa yg sempat saya dengar dengan anda sekalipun sikit saja.Rasanya lebih baik saya 'abadikan' di sini daripada duk simpan sorang-sorang, kang terlupa..:)

Bercerita tentang bahagia, semua orang nak bahagia kan?

Tapi bagaimana kita nak bahagia kalau hati kita penuh dengan 'keladak'..penuh dengan perkara negatif..penuh dengan sangkaan buruk?
Bolehkah kita bahagia kalau hati kita penuh dengan hasad dengki?
Siapa nak bahagia..tolong murah hati..
Siapa nak bahagia..tolong murah hati..
Siapa yang tak bahagia,dia belum cukup murah hati..

Kita tak akan bahagia jika kita belum cukup memberi..

Benar, jika kita lebih mudah untuk memberi..lebih murah hati..kebahagiaan itu akan datang dengan sendiri..sebab itu Prof suka ulang dan ulang..ADA..BERI..DAPAT..apa yang kita beri, itulah nanti yang kita dapat malah lebih baik InsyaAllah..:)

Sekiranya kita kasih pada orang, orang akan kasih pada kita..
Sekiranya kita berbuat baik pada orang..orang akan berbuat baik pada kita..

Seolah-olah..apa yang kita buat kat orang, itulah juga nanti yang terbalik pada diri sendiri..

Bak kata Prof..

Kenapa kita jumpa banyak perkara negatif di sekeliling?
Sebab kita banyak negatif.. :)

Hehe..toing toing..ingatan untuk diri sendiri..
Saya nak jumpa raaammaaii orang positif di sekeliling..so saya kena banyak positif dulu..
Anda pun..
Siapa yang tak suka tengok orang bahagia..dia tak akan bahagia..
Siapa yang tak suka tengok orang kaya,..dia tak akan kaya..
Hanya orang yang EGO yang stress..
Hanya orang yang EGO yang tertekan..

Saya suka dengan ayat ni :)
Lagi kita lemah lembut..lagi kita cool..lagi dekat kita dengan Allah.. :)

Kita akan jadi COOLLL jika kita buangkan sifat panas baran..buangkan sikap negatif..buangkan prasangka buruk..

Jom cuba jadi lebih baik dari semalam..dan lebih dan lebih baik untuk hari mendatang..

Buat anda suami isteri..ini pesanan Prof..

Para suami,kalau anda berfoya2 dgn wanita,ingat.. anda ada anak perempuan.jagan menangis kalau anak anda dipersiakan..Dan wanita..jgn mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain..

:)

Sunday, June 15, 2014

~Atasi sembelit untuk ibu berpantang


Ohh Sembelit!!
Anda IBU HAMIL yg mengalaminya?
Atau IBU BERPANTANG yg takut untuk ke tandas?


Jeng..jeng..jeng..
 
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan dan sedang berpantang, membuang air besar merupakan perkara yang menakutkan untuk dilalui apatah lagi jika ibu mengalami SEMBELIT.Rasa takut ini disebabkan kerisauan terhadap luka yang dialami dan kemungkinan jahitan akan tertetas. Erk..Nanti tak pasal kena jahit lagi sekali..
 
Kenapa terjadinya sembelit selepas bersalin? 
Ia berlaku kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan yg disebabkan oleh:
- Otot pada obdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah dari biasa
- Otot pada usus mengendur kerana kadar hormon progesteron yang tinggi semasa hamil
- Kerisauan untuk membuang air besar menyebabkan lama-kelamaan terjadinya sembelit
 
Bagaimana mahu meredakan sembelit?
Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, ada beberapa perkara yang boleh diamalkan oleh ibu selepas proses kelahiran.
 
1) Mulakan dengan pemakanan yang teratur sebaik sahaja melahirkan
2) Meningkatkan pengambilan makanan berserat tinggi dan minum banyak cecair
3) Kerap berjalan di kawasan berdekatan.Duduk dan berbaring lama akan menyebabkan sembelit lebih teruk.
4) Jangan bertangguh sekiranya perasaan ingin ke tandas mula datang
5) Elakkan ubat yang mengandungi kesan sampingan sembelit-termasuk beberapa pil penahan sakit,rujuk doktor anda
6) Pastikan anda membuat senaman seperti berjalan bersama bayi anda dalam kereta tolak
7) Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayuran
 
Selain daripada cara di atas, anda juga boleh menggunakan supplement sebagai satu kaedah mengelakkan sembelit. Antaranya adalah :
 
Ostematrix
* Membantu masalah sembelit & buasir
* Pembuangan lancar
* Membantu masalah akibat kekurangan kalsium seperti gigi rosak & lenguh-lenguh
* Badan rasa lebih segar
* Tidur yang lebih lena
* Melegakan otot & saraf ibu
 
 
 
 
Alfalfa
* Membantu dalam proses penurunan berat badan
* Membantu dalam sistem penghadaman
* Membersihkan usus dan melancarkan pembuangan
* Membantu memperbanyakkan susu ibu
* Bertindak seperti Kacip Fatimah
 
 
 
Herblax (*tidak sesuai untuk ibu menyusu)
* Bertindak sebagai detox
* Membantu dalam proses penurunan berat badan
 
 
Jom kita baca testimoni ibu-ibu berikut yang menggunakan pelbagai pilihan Ostematrix, Alfalfa dan Herblax untuk mengatasi SEMBELIT :)
 
 
Ingin cuba?
Dapatkan produk-produk ini dalam SET IBU HAMIL & SET BERPANTANG anda  hari ini 

 *Atasi sekarang sebelum ia lebih parah*
BERPANTANGLAH TANPA SEMBELIT!!

 SMS/WhatsApp: 014-815 7713

SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 
 


Wednesday, June 4, 2014

~Cara pudarkan parut dengan Vitamin E??

Salam semua..apa mood anda hari ini??
 
 
                          
  
Feeling good..??
Feeling happy..??
Feeling gloomy..??
 
Atau feeling upset sebab fikirkan parut anda yang tak pudar-pudar?? Tak hilang-hilang walaupun dah berkurun?
Hehe..
 
Ok2, jangan risau..Meh sini saya nak  share testimoni saya sendiri memudarkan parut yg dalam..:)
 
***********************************************************************************
 
(Parut makin pudar)
 
Teringat pulak kisah memalukan semasa menghadiri jemputan ofismate sempena 'housewarming'nya dulu..masa tu tetamu memang ramai..kami ni pulak datang macam rombongan Cik Kiah..
 
Ntah mana silapnya, saya tersilap langkah lalu terjatuh dlm longkang kecik depan rumah beliau yg masa tu belum ada penutup..aduuuuhhh.sakit...malu nye toksah kata..haha..rasa malu lagi kuat dari rasa sakit kot..tetamu duk tanya 'sape jatuh..sape jatuh.. (~'_~)..aihhh..tp saya bangun buat relax,padahal tahan sakit..^^
 
Kesan dari jatuh yg sedikit tu meninggalkan parut yang dalam kat kaki..tp sy biarkan je sebab duk fikir,lama-lama parut tu hilang sendiri..tunggu punya tunggu tak pudar2 jugak..parut ni sensitive jugak buat kaum hawa kan so xleh dibiarkan macam tu aje..
 
Ditakdirkan, saya mula mengenali Vit E Shaklee yang pada awalnya juz consume sebagai supplement biasa..selepas beberapa bulan, baru saya perasan yang parut dah semakin pudar malah kedalaman parut pun makin berkurang..:)) Bila baca balik kebaikan VIt E...ooo..patutlah..ia juga membantu memudarkan parut!! suka2..
 
So, anda yg mengalami masalah yg sama atau yg lagi teruk..boleh cuba jugak..kata nak kulit cantik kan..hehe..Insyaallah..ada usaha ada hasilnye..
 
 ****************************************************************
 
Haa..korang yang baca rasa tak kegembiraan yang saya alami? Hehe..Kejadian ni berlaku dlm tahun 2012 dan agak lama juga saya biarkan macam tu aje..Sehinggalah pada tahun 2013, saya start kenal Shaklee dan consume Vitamin E..memang bagus untuk pudarkan parut..
 
TAPI..anda juga perlu tahu..ia bukan sahaja berfungsi untuk memudarkan parut tetapi juga punya BANYAAAKK lagi kebaikan lain..
 
MANFAAT UTAMA VITAMIN E SHAKLEE
 

1. Melambatkan penuaan

2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil 

3. Pencegahan penyakit katarak

4. Mencegah penyakit jantung

5. Melindungi struktur membran daripada rosak

6. Mengelakkan metabolisme

7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah

8. Memperbaiki peredaran darah

9. Memelihara pembekuan darah

10. Mengurangkan parut

11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan

12. Meningkatkan pengeluaran air mani

13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot

14. Menguatkan dinding kapilari

15. Mengurangkan tekanan darah

16. Meningkatkan prestasi atlit

17. Kulit dan rambut menjadi sihat

18. Mencegah anemia

19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok

20. Memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer

21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam

22. Membantu kesuburan
23. Merapatkan hubungan suami isteri
 
Untuk makluman anda, Vitamin E juga termasuk dalam Set Cadangan Untuk Suami Isteri atau lebih dikenali sebagai VITAMIN CINTA....:)
 
 
 
Selain VITAMIN CINTA, ia juga baik untuk KECANTIKAN kulit dan kesihatan baik lelaki mahupun perempuan..Siapa tak nak cantikkan? Yg lagi special ia juga boleh dibuat MASKER!! Hehe..Sila ke link bergaris tersebut untuk maklumat selanjutnya ye.;)
 
SEMPENA PROMOSI JUN'14, ANDA BOLEH DAPATKAN KEAHLIAN + SEBOTOL VIT E PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 5 BOTOL VITAMIN E..
 
Nak tau lanjut bagaimana ingin mendapatkan keahlian percuma ini? Takpe, just hubungi saya dan saya akan terangkan bagaimana..:)
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp / WeChat: 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

 

Tuesday, June 3, 2014

~Pengedar Shaklee di Paka/Kerteh/Dungun, Terengganu

Salam dan selamat pagi buat semua..hehe..sempat lagi berblog sekejap sebelum ke tempat kerja..
 
Just a simple announcement..:)
 
Sekiranya anda berada di kawasan Paka, Kerteh mahupun Dungun dan mencari supplement Shaklee untuk kegunaan segera, apakata anda hubungi nama tertera di bawah..
 
SID: Eila (ID:918555)
SMS / WhatsApp : 014-815 7713/ 011-2697 2217
Page: Stayhealthy
FB: Ila Zain
 
Anda akan dapat free postage sebab saya boleh COD kan ke tempat anda malah anda juga berhak mendapat konsultasi percuma dari saya..Mudahkan?? Tak perlu bayar lebih untuk harga pos dan supplement pula cepat sampai ke tangan anda.
 
:)
 
Berminat??
Jom kita berSMS..
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.